Harian Metro

Nasib bayi tanpa nama

- Siti Fatimah Nasir am@hmetro.com.my

 JKM minta kerjasama orang ramai kesan waris dua budak, lima kanak-kanak dan remaja

Jabatan Kebajikan Masyarakat Wilayah Persekutua­n Kuala Lumpur (JKMWPKL) meminta kerjasama orang ramai untuk mengesan ibu bapa kandung atau waris kepada dua bayi, lima kanak-kanak dan seorang remaja bagi membantu mahkamah membuat keputusan penempatan semula.

Menurut kenyataan JKM, bagi kes pertama, ia membabitka­n bayi lelaki berusia dua bulan yang dilahirkan di KPJ Sentosa Specialist Hospital pada 12 September lalu.

“Berdasarka­n rekod KPJ, ibu kandung bayi berkenaan adalah warga Indonesia dikenali sebagai Tita.

“Dia datang ke KPJ memaklumka­n tidak berkemampu­an untuk menjelaska­n bil rawatan dan seterusnya memberi kebenaran kepada pegawai KPJ menjaga bayi berkenaan,” katanya.

Kes kedua membabitka­n Yaakob, 13, yang diselamatk­an orang awam pada 12 Disember lalu selepas bergelanda­ngan di ibu kota.

“Yaakob gagal memberi maklumat identiti diri serta latar belakang keluargany­a. Dia kini ditempatka­n di institusi JKM sementara kami mengesan ibu bapa atau warisnya,” katanya.

Bagi kes ketiga, ia membabitka­n bayi perempuan yang kini berusia 19 hari.

Bayi berkenaan dijumpai dibuang di tepi Jalan Lombong, Taman Miharja, Cheras selepas dilahirkan pada 3 Disember lalu.

Bagi kes keempat, JKM mencari waris Mohamad Shafiq Hazim Abdul Malik, 9, yang kini ditempatka­n sementara di institusi JKM.

Kes kelima membabitka­n Intan Nurain, 10, dan Meor Mohammad Haikal, 9, yang ditinggalk­an tanpa pengawasan orang dewasa. “Berdasarka­n siasatan, pelindung juga gagal mengesan ibu kandung kanak-kanak berkenaan selepas dirujuk ke Jabatan Pendaftara­n Negara bagi mendapatka­n alamat terkini,” katanya.

Kes keenam pula membabitka­n Khalishah Laila Soffiya, 5, yang ditinggalk­an ibu kandungnya, Isah, warga Indonesia di gerai sekitar Rampai Business Park ketika berusia se minggu.

Bagi kes terakhir, JKM berusaha mengesan Amalia Jumantos dari Sabah yang juga ibu kanak-kanak lelaki dikenali sebagai Sharvin, 8, yang ditinggalk­an di rumah pengasuh ketika berusia dua minggu.

“Waris mereka semua dicari bagi membantu JKM melengkapk­an dokumen peribadi yang masih belum selesai,” katanya.

Orang ramai yang mengenali ibu kandung atau waris mereka boleh menghubung­i Pegawai Pelindung, Ahmad Sofiyan Mohamad Redzwan di talian 03-26124121 atau 03-26124000.

 ??  ?? INTAN Nurain
MEOR Mohammad Haikal
KHALISHAH Laila Soffiya
SHARVIN
INTAN Nurain MEOR Mohammad Haikal KHALISHAH Laila Soffiya SHARVIN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia