Harian Metro

Sumber daripada lembu

-

Kes kepialu di negara kita terkawal hasil vaksinasi diwajibkan mengikut peruntukan undang-undang

Gerakan antivaksin ini bukan saja giat menyampaik­an doktrin dan maklumat tidak tepat mengenai vaksin malah ada menggunaka­n status halal sesuatu vaksin yang dikatakan mengandung­i DNA babi untuk meyakinkan orang ramai.

Terbaru, vaksin untuk pengendali makanan bagi mencegah jangkitan kuman kepialu (Salmonella thypi) menerusi suntikan (thypim) atau pil (vivotif) turut menjadi mangsa penyebaran maklumat di media sosial kononnya ia mengandung­i DNA babi.

Pakar Perubatan Keluarga KKM Dr Suhazeli Abdullah menegaskan, vaksin kepialu (tifoid) sama ada menerusi kaedah suntikan atau pil, bebas daripada DNA khinzir dan selamat digunakan manakala kapsul gelatin bagi vaksin pil vivotif pula adalah bersumberk­an lembu bukannya babi.

Menurutnya, statistik Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mendapati pada 2014 sebanyak 21 juta kes kepialu berlaku di seluruh dunia dengan lebih 222,000 kematian dan jika seseorang dijangkiti, risiko maut mencecah 10 ke 30 peratus.

“Kenapa vaksin ini penting? Adakah hendak kayakan syarikat vaksin seperti yang sering dilaungkan gerakan antivaksin? Jawapannya tidak sama sekali. Penyakit bawaan makanan dan minuman amat kerap berlaku.

“Ia boleh mendatangk­an kesengsara­an kepada pesakit malah mungkin membawa maut. Demam kepialu adalah penyakit bawaan makanan dan minuman yang paling ditakuti.

“Setakat ini kes kepialu di negara kita masih terkawal hasil daripada vaksinasi yang diwajibkan mengikut peruntukan undang-undang. Namun, sebelum era vaksin, negara kita bergelut dengan penularan kes dan kematian.

“Demam kepialu bukannya penyakit baru dalam dunia. Ia sudah wujud sejak sekitar ke 430-424 Sebelum Masihi. Pada masa itu demam kepialu mengorbank­an hampir satu pertiga penduduk Athens termasuk pemimpin mereka iaitu Pericles.

“Ahli sejarah kuno

 ??  ?? DEMAM kepialu boleh membawa maut.
DEMAM kepialu boleh membawa maut.
 ?? DR SUHAZELI ?? Maklumat yang diberikan tidak benar dan menakutnak­utkan masyarakat
berkaitan perubatan
moden. Mereka hanya mementingk­an diri sendiri tanpa
melihat kepunahan yang akan berlaku jika wabak kepialu
merebak VAKSIN tifoid disediakan dalam suntikan atau...
DR SUHAZELI Maklumat yang diberikan tidak benar dan menakutnak­utkan masyarakat berkaitan perubatan moden. Mereka hanya mementingk­an diri sendiri tanpa melihat kepunahan yang akan berlaku jika wabak kepialu merebak VAKSIN tifoid disediakan dalam suntikan atau...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia