Harian Metro

Projek terusan air bawah tanah laluan ‘perangkap maut’

-

Kuching: Pembinaan terusan air bawah tanah di Jalan Tun Abang Haji Openg di sini yang menjadi ‘perangkap maut’ sehingga menyebabka­n seorang lelaki terbunuh dalam satu kemalangan baru-baru ini adalah projek sakit dalam senarai Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU).

Difahamkan, pembinaan projek berdekatan Padang Merdeka itu melewati jadual asal pembinaan dan sepatutnya siap Oktober tahun lalu.

Datuk Bandar Kuching Utara Datuk Abang Abdul Wahap Abang Julai berkata, projek bernilai RM1.1 juta itu bermula Mac lalu dan sepatutnya disiapkan kontraktor pada 26 Oktober tahun lalu.

Menurut beliau, akibat pelbagai faktor, projek itu gagal disiapkan mengikut tempoh yang ditetapkan sehingga akhirnya laluan itu menjadi ‘perangkap maut’ yang meragut nyawa Dina Dzulkarnai­n Asan, 29.

“Biarlah siasatan dilakukan pihak berkuasa menentukan siapa yang bersalah, atau sebaliknya.

“Ketika ini, Jabatan Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH) mengarahka­n projek itu dihentikan bagi membolehka­n pemeriksaa­n dijalankan di tapak projek berkenaan,” katanya ketika ditemui selepas melancarka­n Sistem Letak Kereta Berkupon (SLKB) di Jalan Kulas di sini, kelmarin.

Katanya, tanggungja­wab di kawasan projek diserahkan kepada kontraktor dan DBKU cuma memantau pelaksanaa­n projek.

“Bagaimanap­un, kawasan pembinaan itu sudah ditambah baik dari segi aspek keselamata­n bagi mengelak kejadian sama berulang,” katanya.

Dalam kejadian 26 Disember lalu, Dina Dzulkarnai­n maut apabila motosikal ditunggang­inya dipercayai terlanggar penghadang jalan sebelum terjatuh ke lubang yang dipenuhi air di tapak pembinaan projek itu.

 ?? Abang Abdul Wahap ?? Akibat pelbagai faktor, projek itu gagal disiapkan mengikut tempoh yang ditetapkan sehingga akhirnya laluan itu menjadi ‘perangkap maut’ yang meragut nyawa Dina Dzulkarnai­n Asan”
Abang Abdul Wahap Akibat pelbagai faktor, projek itu gagal disiapkan mengikut tempoh yang ditetapkan sehingga akhirnya laluan itu menjadi ‘perangkap maut’ yang meragut nyawa Dina Dzulkarnai­n Asan”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia