Harian Metro

ABANG TERKEJI

 Lelaki pengaruhi dua adik perempuan jadi penagih syabu tegar

- Muhaamad Hafis Nawawi mhafis@hmetro.com.my

Seorang abang yang sepatutnya menjadi pelindung bertukar menjadi perosak apabila mengajar dua adik perempuann­ya mengambil dadah jenis syabu sejak tiga tahun lalu. Tindakan itu hanya dibiarkan ibu bapa mereka kerana takut dicederaka­n menyebabka­n kedua-dua mangsa kini menjadi penagih tegar,

lapor Muhammad Hafis Nawawi

Serbuan dijalankan di Kampung Rambutan begitu mengejutka­n apabila kami menahan seorang lelaki yang tergamak mengajar dua adik perempuann­ya menghisap syabu”

Seorang abang sepatutnya menunjukka­n teladan baik namun lain pula bagi seorang tokan dadah yang tergamak menghasut dan mengajar dua adik perempuann­ya mengambil dadah syabu sejak tiga tahun lalu di rumah keluarga mereka di Kampung Rambutan di sini.

Malah, lelaki berusia 23 tahun itu yang tidak bekerja serta dipercayai penagih turut menjadikan rumah keluargany­a sarang melepaskan gian dan lokasi menjual dadah syabu kepada penagih lain di kampung berkenaan serta sekitarnya.

Lebih menyedihka­n, adiknya yang berusia 15 dan 19 tahun itu tidak lagi bersekolah atau bekerja selepas terjebak dan menjadi penagih tegar.

Ibu bapa mereka yang hanya bekerja sebagai penoreh getah hanya mampu melihat perbuatan anak mereka menghisap dadah di dalam rumah tanpa mampu bertindak kerana bimbang dicederaka­n jika menegur atau melaporkan perbuatan anaknya itu kepada pihak berkuasa.

Bagaimanap­un, perbuatan abang durjana itu terbongkar selepas dia dan dua adiknya ditahan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Padang

Terap jam 4 pagi semalam bersama penagih lain.

Ketua Pegawai AADK Padang Terap Zainal Abidin Ismail berkata, operasi digerakkan selepas pihaknya menerima aduan orang awam yang dilakukan 10 anggota AADK diketuai Mazhar Murad.

Menurutnya, operasi bermula dari jam 11 pagi kelmarin hingga jam 4.30 pagi semalam diadakan di Kampung Barokhas, Tualak, Rambutan, Bukit Indin serta berek polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padang Terap.

“Dalam serbuan di lima rumah, kami menahan 10 penagih berusia 15 hingga 30 tahun.

“Serbuan dijalankan di Kampung Rambutan begitu mengejutka­n apabila kami menahan seorang lelaki yang tergamak mengajar dua adik perempuann­ya menghisap syabu,” katanya dalam satu kenyataan media, semalam.

Beliau berkata, dalam serbuan itu, teman lelaki adik perempuan lelaki terbabit serta seorang rakan lelakinya turut ditahan.

Katanya, siasatan dijalankan juga mendapati adik perempuan lelaki itu tidak bersekolah dan tinggal bersama ibu bapa yang bekerja sebagai penoreh getah.

“Siasatan kami mendapati lelaki itu mencari wang dengan menjadi pengedar dadah kecil-kecilan di kawasan itu.

“Rumah keluargany­a juga dijadikan port menagih dadah, selain menjadi tempat penagih datang untuk membeli bahan terlarang itu,” katanya.

Zainal berkata, ketika serbuan tiada kejadian tidak diingini berlaku, malah ibu bapa tiga beradik itu turut memberi kerjasama.

“Hasil ujian air kencing terhadap semua yang ditahan mendapati mereka positif dadah jenis opiat dan methamphet­amine.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 3 (1), Akta Penagih Dadah (Rawatan & Pemulihan) 1983,” katanya.

 ??  ??
 ?? Zainal Abidin ?? PORT untuk melepaskan gian yang digunakan lelaki terbabit di Kampung Rambutan, semalam. DUA beradik yang tidak bersekolah menjadi penagih syabu tegar. ANTARA penagih yang ditahan ketika operasi AADK, semalam.
Zainal Abidin PORT untuk melepaskan gian yang digunakan lelaki terbabit di Kampung Rambutan, semalam. DUA beradik yang tidak bersekolah menjadi penagih syabu tegar. ANTARA penagih yang ditahan ketika operasi AADK, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia