Harian Metro

GENG 125Z TERUS MENGGANAS

- Raja Noraina Raja Rahim rnoraina@hmetro.com.my

Seremban

Terbaru kedai emas rugi RM1 juta disamun enam lelaki

Geng Yamaha 125Z dipercayai dalang melakukan rompakan di sebuah kedai emas di sebuah pusat beli-belah di Kemayan Square di sini, membabitka­n kerugian RM1 juta, kelmarin.

Dalam kejadian jam 8.43 malam, enam lelaki memakai jaket gelap, berseluar panjang dan topi keledar penutup penuh merompak kedai emas berkenaan dan melarikan sembilan dulang barang kemas sebelum menaiki tiga motosikal.

Sebelum ini, penjenayah terbabit merompak kedai emas di Taman Bangi Avenue, Selangor pada Khamis dan di Taman Segar, Cheras pada malam ambang tahun baru. Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Thiew Hock Poh berkata, empat suspek masuk melalui pintu di tingkat bawah pusat beli-belah dan meluru ke kedai emas yang terletak kira-kira 50 meter manakala dua lagi suspek menunggu atas motosikal.

“Seorang suspek bersenjata senapang patah mengacukan senjata itu kepada pengawal keselamata­n sebelum mengawal premis terbabit.

“Tiga suspek bersenjata objek menyerupai pistol dan tukul besi masuk ke dalam premis lalu memecahkan cermin pameran barang kemas.

“Mereka mengambil sembilan dulang barang kemas dianggarka­n bernilai RM1 juta. Suspek meninggalk­an senapang patah yang digunakan di rak menjual makanan berhampira­n pintu masuk sebelum melarikan diri,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban di sini, semalam.

Katanya, pihaknya masih menyiasat senapang patah digunakan suspek itu sama ada ia senjata sama yang digunakan ketika rompakan di Bangi dan Cheras.

Menurut Thiew, perompak mengambil masa seminit dan suspek dipercayai sudah keluar dari daerah ini.

“Kita sudah meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di premis dan pusat beli-belah berkenaan serta kawasan sekitar untuk mengenal pasti suspek,” katanya berkata kes disiasat mengikut Seksyen 4 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971.

Beliau meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu menghubung­i IPD Seremban di talian 06-6014999.

 ??  ?? LAPORAN Harian Metro Selasa lalu.
LAPORAN Harian Metro semalam.
ANGGOTA polis forensik menyiasat di tempat kejadian. SENAPANG patah yang digunakan suspek untuk merompak kedai emas di sebuah pusat beli-belah di Kemayan Square.
LAPORAN Harian Metro Selasa lalu. LAPORAN Harian Metro semalam. ANGGOTA polis forensik menyiasat di tempat kejadian. SENAPANG patah yang digunakan suspek untuk merompak kedai emas di sebuah pusat beli-belah di Kemayan Square.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia