Harian Metro

‘KALAULAH SAYA TAHU’

- Muhaamad Hafis Nawawi mhafis@hmetro.com.my

 Bapa akui anak nakal tetapi tidak maklum

dia terjebak dadah bersama dua adik

“Anak saya memang nakal sedikit malah akibat kesempitan hidup kami menyebabka­n tiga beradik ini tidak meneruskan persekolah­an namun saya tidak tahu-menahu mengenai mereka menghisap dadah dan mungkin dipengaruh­i rakan yang datang melepak di rumah kami.”

Begitu kata seorang bapa berusia 70-an yang enggan dikenali meluahkan perasaanny­a selepas tiga anaknya ditahan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Padang Terap di Kampung Rambutan di sini, Rabu lalu.

Dia mendakwa anak lelakinya berusia 23 tahun itu juga bukan jahat seperti diperkatak­an walaupun tidak bekerja namun membantu menjaganya yang uzur.

“Saya percaya kejadian ini terjadi akibat pengaruh rakan yang datang melepak di bangsal kami di luar rumah.

“Apa yang saya tahu mereka hanya melepak, bermain gitar serta menyedari ada yang bermain judi dalam talian menggunaka­n telefon bimbit namun mengambil dadah saya tidak tahu,” katanya ketika hadir ke pejabat Harian Metro di sini, semalam.

Katanya, terkejut juga apabila tiba-tiba AADK datang dan menahan anak serta rakan mereka kerana mendakwa menagih dadah.

“Jika betul anak saya mengambil dadah saya tidak kisah mereka (AADK) menahannya, malah kami suami isteri akan memukul sebagai pengajaran buat mereka.

“Namun saya tidak yakin anak saya seteruk itu hingga mengambil dadah selain menafikan rumah kami menjadi sarang menagih dadah hingga dua anak perempuan dihantar ke pusat pemulihan akhlak di Kelantan selepas ditahan,” katanya.

Menurutnya, mereka orang susah dan apabila anak dihantar ke sana lagi membebanka­n hidup untuk melawat.

“Kejadian ini memang memalukan saya sekeluarga namun kami tidak salahkan media yang melaporkan kejadian itu.

“Cuma saya minta pihak berkuasa seperti polis dan AADK menahan pengedar dadah sebenar yang merosakkan anak kampung di sini kerana selagi individu ini tidak ditahan, masalah ini tidak akan selesai,” katanya.

Dia berdoa anaknya yang dihantar ke pusat pemulihan menjadi lebih baik selepas ini namun berharap orang ramai jangan terus menghukum mereka sekeluarga.

Harian Metro kelmarin melaporkan seorang abang sepatutnya menunjukka­n teladan baik namun lain pula bagi seorang tokan dadah yang tergamak menghasut dan mengajar dua adik perempuann­ya mengambil syabu sejak tiga tahun lalu di rumah keluarga mereka di Kampung Rambutan di sini.

Lelaki berusia 23 tahun itu yang tidak bekerja dan dipercayai penagih turut menjadikan rumah keluargany­a sarang melepaskan gian dan lokasi menjual syabu kepada penagih lain di kampung berkenaan serta sekitarnya.

 ?? Bapa ?? Saya percaya kejadian ini terjadi akibat pengaruh rakan yang datang melepak di bangsal kami di luar rumah”
Bapa Saya percaya kejadian ini terjadi akibat pengaruh rakan yang datang melepak di bangsal kami di luar rumah”
 ??  ?? LAPORAN muka depan Harian Metro,
Khamis lalu.
LAPORAN muka depan Harian Metro, Khamis lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia