Harian Metro

BELUM SEDIA MASUK TV

- Norizuan Shamsuddin am@hmetro.com.my

“Kami sekeluarga belum bersedia untuk melepaskan Ahmad Ziyyad bagi menyertai sebarang jemputan majlis dan program termasuk rancangan televisyen kerana mahu dia tumpukan pada perhatiann­ya untuk menimba ilmu,” ujar ibu bayi itu, Shahida Lukman, 27.

Harian Metro semalam mendedahka­n keistimewa­an kanak-kanak berusia dua tahun itu yang mampu membaca 42 surah al-Quran.

Menurutnya, sejak kisah mengenai anaknya disiarkan akhbar Harian Metro, dia dan suaminya, Mohd Zahir Mohamad Noor Sabri, 30, menerima banyak mesej secara peribadi daripada orang ramai yang memberikan reaksi positif.

“Mereka meluahkan rasa kagum terhadap kaedah didikan diterapkan kami kepada Ahmad Ziyyad.

“Malah, kami turut menerima beberapa jemputan daripada program televisyen untuk menemubual kami sekeluarga.

“Bagaimanap­un, kami tidak mahu mengambil kesempatan atas kelebihan yang ada pada Ahmad Ziyyad. Sebaiknya biarlah dia memberikan tumpuan untuk pelajaran terlebih dahulu.

“Tambahan pula Ahmad Ziyyad bukan jenis yang mudah untuk berdepan dengan orang ramai dan dia suka meragam apabila berdepan dengan khalayak ramai,” katanya.

Jelas Shahida, apa yang dipaparkan dalam Harian Metro sebelum ini adalah sekadar untuk berkongsi cara didikan yang kami terapkan kepada Ahmad Ziyyad.

“Sebelum ini, ramai rakan yang dikenali di media sosial meminta saya dan suami berkongsi cara didikan diterapkan kepada

Keluarga mahu anak fokus timba ilmu tidak mahu ambil kesempatan

kelebihan Ahmad Ziyyad

anak selepas video rakaman Ahmad Ziyyad membaca al-Quran dimuat naik di Facebook menjadi tular.

“Malah, ada rakan Facebook dari Algeria menghantar mesej peribadi meminta kami berkongsi perkara sama untuk dipraktikk­an kepada anaknya.

“Jadi, saya dan suami hanya berkongsi kaedah kami mendidik Ahmad Ziyyad. Alhamdulil­lah, orang ramai memberi maklum balas positif dan rata-ratanya turut mendoakan kebaikan kepada anak kami,” katanya.

 ??  ?? AHMAD Ziyyad
AHMAD Ziyyad
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia