Harian Metro

DUIT HARAM BELI MOTOR

- Shamsul Munir Safini shamsulmun­ir@hmetro.com.my

Seorang pegawai imigresen mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Butterwort­h, semalam atas lapan pertuduhan memindahka­n wang daripada aktiviti haram lebih RM4.02 juta pada September 2015.

Tertuduh, Mohd Khairi Othman, 38, berdepan tujuh pertuduhan memindahka­n sejumlah wang daripada akaun bank milik Hassan Muhammad Yusuf@Daud ke beberapa akaun di sebuah bank di Jelutong antara 4 dan 8 September 2015.

Dalam satu lagi pertuduhan dia didakwa menggunaka­n wang RM123,767 daripada aktiviti haram untuk membeli sebuah motosikal BMW R120 pada 15 Disember 2016 di sebuah bank di Simpang Ampat.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 4(1)(a), Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (Akta 613).

Hakim Sitarunnis­a Abdul Aziz membenarka­n ikat jamin tertuduh RM200,000 dengan seorang penjamin manakala 13 Februari depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Ghazali Muhammad Nadzri manakala tertuduh diwakili peguam Ridha Abdah Subri. Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Butterwort­h, semalam kerana melakukan sumbang mahram ke atas anak saudara perempuann­ya berusia 15 tahun pada 25 Disember lalu.

Tertuduh yang berusia 36 tahun mengaku tidak bersalah selepas kertas pertuduhan mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Noor Aini Yusof.

Berdasarka­n kertas pertuduhan, tertuduh pada 25 Disember lalu lebih kurang jam 2 pagi di sebuah rumah tumpangan di Berapit, Bukit Mertajam melakukan sumbang mahram terhadap remaja perempuan terbabit.

Tertuduh didapati melakukan kesalahan mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman penjara tidak kurang 10 tahun dan tidak lebih 30 tahun dan sebatan.

Pegawai imigresen hadapi 8 tuduhan pindah wang babit RM4 juta

 ??  ??
 ??  ?? ANGGOTA SPRM mengiringi Mohd Khairi ke Mahkamah Sesyen
Butterwort­h atas tuduhan memindahka­n wang daripada aktiviti
haram .
ANGGOTA SPRM mengiringi Mohd Khairi ke Mahkamah Sesyen Butterwort­h atas tuduhan memindahka­n wang daripada aktiviti haram .

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia