Harian Metro

KAJI HUKUM BITCOIN

- Idris Musa idris@hmetro.com.my

Sebarang keputusan sama ada menghukumk­an haram atau tidak terhadap penggunaan Bitcoin iaitu mata wang kripto atau digital tidak boleh dibuat secara terburu-buru sebaliknya memerlukan kajian menyeluruh.

Mufti Pahang Datuk Seri Abdul Rahman Othman berkata, perkara berkenaan memerlukan satu kajian menyeluruh oleh pakar sebelum dibentangk­an dan diputuskan di peringkat Jawatankua­sa Fatwa Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Agama Islam (MKI).

“Perkara ini tidak boleh satu negeri mendahului dengan memutuskan­nya secara sendirian. Ia kena ada kajian menyeluruh oleh panel pakar syariah terdiri daripada profesor dilantik di peringkat Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

“Seterusnya hasil kajian itu dibawa ke peringkat muzakarah dihadiri mufti dan ahli dilantik. Selepas itu barulah dibawa ke peringkat negeri. Maknanya, ada tiga peringkat,” katanya ketika dihubungi semalam.

Beliau diminta menjelaska­n hukum berkaitan Bitcoin selepas Mufti Besar Mesir Shawqi Allam mendakwa penggunaan mata wang kripto itu adalah dilarang dalam Islam kerana ia boleh menjurus kepada jenayah.

Tambah Shawqi, mata wang itu juga boleh menjadi ‘sumber kewangan yang stabil dan terjamin’ kepada pengganas dan kumpulan penjenayah ketika ini.

Bitcoin dilancarka­n pada 2009 oleh orang atau kumpulan orang tidak dikenali bawah nama Satoshi Nakamoto.

Mengulas lanjut, Abdul Rahman berkata, banyak aspek perlu diambil kira dalam memutuskan sesuatu hukum mengenai perkara itu dan ia tidak boleh melihat kepada sebuah negara saja.

Katanya, pandangan daripada negara Arab lain seperti Arab Saudi dan Kuwait juga perlu diambil kira.

“Orang ramai kena tunggu dulu keputusan yang akan dikeluarka­n nanti. Cuma yang boleh dikatakan sebagai panduan secara umum bahawa dalam hadis menyatakan sesuatu yang halal dan haram itu jelas.

“Jadi, sesuatu yang kita tidak tahu sama ada halal atau haram, kita kena berhati-hati dan lebih baik dijauhi supaya tidak jatuh kepada yang haram,” katanya.

Penggunaan mata wang digital perlu lepasi tiga peringkat muzakarah

 ?? Abdul Rahman Othman ?? Kena ada kajian menyeluruh oleh panel pakar syariah terdiri daripada profesor dilantik di peringkat JAKIM”
Abdul Rahman Othman Kena ada kajian menyeluruh oleh panel pakar syariah terdiri daripada profesor dilantik di peringkat JAKIM”
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia