Harian Metro

PERIHAL ‘PAHLAWAN SUBUH’

-

Adakah kita pernah merancang berapa jam perlu tidur pada setiap hari? Memilih untuk tidur bermakna memilih untuk mati sekejap.

Bukankah tidur itu mati kecil? Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Allah memegang nyawa (seseorang) pada saat kematianny­a dan nyawa (seseorang) yang belum mati ketika dia tidur. Maka Dia menahan nyawa (orang) yang Dia tetapkan kematianny­a dan Dia lepaskan nyawa yang lain sampai waktu yang ditentukan. Sesungguhn­ya pada saat yang demikian itu terdapat tanda-tanda (kebesaran) Allah bagi kaum yang berfikir.”

(Surah az-Zumar, ayat 42)

Berapa ramai yang mempersiak­an malam dengan berjaga. Bukan kerana bekerja seperti pengawal keselamata­n atau doktor tetapi kerana tiada kerja hendak dilakukan.

Ada yang menghadap televisyen berjam-jam lamanya. Pelajar yang sedang bercuti pula berjaga malam sehingga waktu pagi dengan bersembang perkara tidak berfaedah, meronda menunggang motosikal atau basikal. Tabiat itu sebenarnya boleh mempercepa­tkan penuaan diri.

Kita seharusnya memahami hakikat tidur yang Allah SWT tetapkan sebagai fitrah serta mensyukuri nikmat itu dengan sebaiknya. Tidurlah lebih awal supaya kita boleh bangun lebih awal.

Keesokan harinya kita dapat membuat kerja dengan penuh tenaga. Antara tip mengurus hidup yang boleh kita pelajari daripada sunah Rasulullah SAW ialah Baginda tidak menyukai berbincang­bincang selepas Isyak.

Generasi sahabat, solafus soleh serta orang terdahulu sentiasa menjaga sunah itu. Generasi terbaik sangat memahami makna ayat menerusi firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan Kami menjadikan malam sebagai pakaian dan Kami menjadikan siang untuk mencari penghidupa­n.” (Surah an-Naba’, ayat 10-11)

Bagi yang menjalani rutin tidur awal waktu, siangnya dia gagah bekerja, berbakti dan tidak menyerah kalah. Jangan biarkan kita bekerja siang dan malam tanpa memberikan kesempatan mata untuk tidur.

Kita perlu mengembali­kan tenaga di mana tidur itu adalah terapinya. Jika tidak, kita pasti akan terkena tanda stres, cemas, depresi, ketegangan saraf serta gejala neurologis, bahkan penyakit kronik.

Rupa-rupanya, kebiasaan bangun awal pagi memang dididik

Allah SWT kepada hamba-Nya supaya umat Islam dipersiapk­an menjadi umat terhebat di muka bumi ini.

Sebab itulah, Allah SWT mewajibkan solat Subuh. Bahkan, Allah SWT mengangkat kemuliaan orang yang bangun lebih awal untuk berqiamula­il.

Sesiapa yang membiasaka­n diri dengan tabiat buruk, biasanya sukar untuk menjadi ‘pahlawan subuh.’ Tabiat itu boleh memberi kesan buruk terhadap tahap kecerdasan dan kemampuan otak.

Apakah antara tabiat buruk itu? Antaranya, tidur lewat malam, tidak membiasaka­n diri dengan sukan dan olahraga, makan secara berlebihan dan makan makanan tidak berkhasiat.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Dan dialah yang menjadikan malam untukmu (sebagai) pakaian dan tidur untuk istirahat dan Dia menjadikan siang untuk bangkit berusaha.” (Surah al-Furqan, ayat 47)

Jika kita membaca kajian mengenai manfaat tidur secara saintifik, pasti kita akan sentiasa bersyukur kepada Allah SWT setiap pagi dan petang.

Ada insan yang diuji penyakit hingga merampas nikmat tidur dalam hidupnya. Tidur memberi manfaat cukup besar terutama bagi mempengaru­hi tenaga untuk tubuh dan fikiran, membantu pertumbuha­n hormon dalam memperbaik­i dan menghasilk­an sel darah dan jaringan dalam tubuh manusia.

Selain itu, tidur juga dapat mengembali­kan dan mengisi kembali tenaga pada jaringan otot serta menyegarka­n tubuh manusia.

Realitinya, ramai orang yang belum tahu nikmatnya apabila dapat tidur tepat pada waktunya. Sudah banyak kajian dibuat mengenai manfaat tidur awal.

Tidur awal, satu jam tidur kualitinya seperti tiga jam manakala, jika lewat melebihi 12 tengah malam (waktu Malaysia), satu jam tidur bersamaan satu jam saja.

Ada juga yang sudah tahu tapi gagal mengamalka­nnya kerana tabiat tidur lewat dan bangun lewat sudah sebati dalam hidup sejak bertahun-tahun.

Apabila tiada kesedaran, ada yang sanggup tidur jam 12 tengah malam tanpa keperluan mendesak kemudian berterusan tidur selepas subuh.

Dalam tidur terdapat rahsia yang pasti diamalkan orang bijaksana. Antara ilmu tidur yang dikongsi Dr Majdi Obaid (www.majdiobaid.com) ialah:

Tubuh memerlukan paling sedikit enam setengah jam untuk tidur dan paling lama lapan jam setiap hari.

Menjaga rutin tidur iaitu lebih baik memulakan tidur pada waktu yang sama setiap hari dan bangun tidur pada waktu yang sama.

Menghabisk­an hari cuti dengan tidur hanya merosakkan rutin harian. Tubuh sebenarnya tidak memerlukan tidur yang banyak jika anda menjaga tidur yang sesuai dengan keperluan tubuh anda setiap hari.

Harus berada di atas tempat tidur maksimum pada jam 11 malam. Jika lebih awal, lebih baik.

Tidur beberapa jam sebelum pertengaha­n malam adalah waktu yang sangat menentukan dalam memperbaha­rui sel

Allah beri anugerah tidur untuk kesihatan tubuh manusia Dan dialah yang menjadikan malam untukmu (sebagai) pakaian dan tidur untuk istirahat dan

Dia menjadikan siang untuk bangkit berusaha” Surah al-Furqan, ayat 47

darah dalam tubuh serta proses detoksifik­asi (pembuangan racun dalam tubuh).

Jangan makan makanan berat ketika mendekati waktu tidur. Ia menyebabka­n sulitnya pencernaan dan kegemukan dalam jangka panjang. Lebih baik makan malam maksimum tiga jam sebelum tidur.

Jangan tidur dalam keadaan lapar. Makanlah buah-buahan atau kurma kerana ia dapat mempengaru­hi dan memperbaik­i kualiti tidur.

Qailullah. Ia termasuk bahagian daripada perilaku nabawi. Dengan qailullah, tubuh dapat mengembali­kan tenaga pada waktu tengah hari.

Penulis pendakwah dan penulis buku

 ??  ??
 ??  ?? SEBARKAN BAHAGIA
Bersama
Fatimah Syarha Mohd Noordin
SEBARKAN BAHAGIA Bersama Fatimah Syarha Mohd Noordin

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia