Harian Metro

Tertib dalam melakukan sujud sahwi

-

1. Ketika seorang makmum sedang membaca tasyahud akhir bersama imam, tiba-tiba timbul syak adakah dia sudah melakukan sujud yang kedua pada rakaat terakhir atau tidak.

Adakah memadai baginya melakukan sujud sahwi atau tidak?

Jika seseorang itu syak meninggalk­an salah satu rukun solat seperti sujud yang kedua pada rakaat terakhir (tidak kira sama ada dia solat secara seorang diri atau mengikut imam), dia hendaklah kembali kepada rukun yang disyakinya itu iaitu sujud yang kedua bagi rakaat terakhir.

Dia perlu mengulangi bacaan tasyahud akhir semula sama ada dia qasad duduk itu sebagai duduk bagi tasyahud akhir atau tidak kerana tidak dikehendak­i qasad dan niat bagi setiap perbuatan yang mengiringi selepas perkara yang disyaki itu.

2. Seorang makmum yang muafik meninggalk­an bacaan qunut bersama imam dan terus sujud. Adakah harus dia bangun semula untuk mengikuti imam?

Jika dia tertinggal membaca qunut bersama imam kerana terlupa atau tidak disengajak­an, hendaklah dia bangun dan kembali semula mengikuti imam.

Jika dilakukan secara sengaja sekalipun, dia dikehendak­i supaya segera kembali mengikuti imam.

Ada pendapat lain menyatakan jika dia sengaja mendahului imam pada perbuatan seperti rukuk atau sujud maka batallah solatnya.

3. Jika seseorang melakukan sujud sahwi tetapi tidak melakukan duduk antara dua sujud dengan sengaja sama ada langsung tidak duduk atau duduk yang tidak ada tamakninah.

Apakah batal solatnya atau tidak?

Jika seorang yang hendak melakukan sujud sahwi (disebabkan sesuatu perkara yang menyebabka­n ia dikehendak­i supaya melakukan sujud sahwi) berniat ketika mula hendak melakukan sujudnya untuk tidak melakukan tamakninah, sedangkan ia tahu mengenai haram, maka ini boleh membatalka­n solatnya.

Sujud sahwi ialah perbuatan dua kali sujud dan antara kedua-duanya hendaklah duduk antara dua sujud dengan tamakninah. Jika tamakninah itu ditinggalk­an maka rosaklah sujud sahwinya.

Oleh kerana dia sudah berniat untuk melakukan sujud sahwi, maka itulah yang menyebabka­n rosak solatnya.

4. Apa hukumnya seseorang yang menceraika­n antara sujud sahwi dan memberi salam dengan jarak masa yang lama pada uruf?

Mengikut fatwa Syeikh Ramli Kabir, tidak memberi mudarat jika diceraikan antara perbuatan sujud sahwi dan salam walaupun jarak masa yang lama pada uruf.

Sumber: Furu’ Al-Masa’il Wa Usul Al-Wasa’il oleh Maulana Al-Syeikh Daud Abdullah Al-Fathani dan disusun Datuk Abu Hasan Din Al-Hafiz

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia