Harian Metro

BIAWAK ‘TUNJUK’ MAYAT

- Zul Ikwan Muhammad am@hmetro.com.my

“Alhamdulil­lah, walaupun sedih kami reda dengan kejadian ini dan bersyukur mayat isteri ditemui jika tidak pasti mayatnya dihanyutka­n lebih jauh atau dimakan haiwan liar,” kata Mohd Fauzi Liman, 42, suami kepada Rozimah Abdul Manap, 42, yang juga mangsa lemas pertama akibat banjir di Johor tahun ini.

Rozimah yang hilang sejak Isnin lalu, ditemui jam 6 petang kelmarin dalam keadaan tertiarap di dalam parit bersebelah­an jalan pintas FELDA Endau-Kampung Teriang berhampira­n Sungai Teriang Kecil, di sini.

Mangsa dikatakan hilang sejak Isnin lalu selepas pulang dari tempat kerjanya di resort di sini, ketika hujan lebat dan air mula naik di beberapa kawasan kampung di sekitar Endau.

Mangsa menunggang motosikal sering melalui jalan pintas di tepi Sungai Teriang Kecil itu untuk ke tempat kerjanya dipercayai dihanyutka­n arus deras akibat limpahan air sungai berkenaan sebelum lemas.

Mayatnya ditemui adiknya, R Kharul Anuar, 34, kira-kira jam 6 petang kelmarin ketika mencarinya di kawasan berkenaan.

R Kharul Anuar berkata, selepas mendapat tahu kakaknya tidak pulang ke rumah Isnin lalu, suami mangsa serta keluarga mencarinya di rumah rakan selain cuba menghubung­i telefon bimbit mangsa namun gagal.

“Kami difahamkan arwah memberitah­u majikannya mahu berhenti kerja dan terputus hubungan selepas itu, bagaimanap­un kami tetap berusaha mencarinya.

“Selepas empat hari tidak pulang dan gagal dikesan, kami bercadang membuat laporan polis mengenai kehilangan­nya, namun terdetik untuk menyusur dan cuba mencari di sekitar laluan yang biasa dilaluinya.

“Bagaimanap­un, ketika pertama kali melalui kawasan itu saya tidak perasan mayat kakak tertiarap di

Suami reda mayat mangsa

pertama korban banjir

ditemui

dalam parit berkenaan kerana motosikaln­ya terlindung di sebalik rumpai malah beberapa penduduk yang melalui kawasan itu menyangka mayatnya adalah karung baja yang hanyut,” katanya.

Namun, ketika melalui kawasan itu untuk pulang ke rumah, dia ternampak seekor biawak disangkaka­n mahu memakan bangkai sebelum mendapati objek itu adalah mayat kakaknya berdasarka­n baju yang dipakai ketika keluar dari rumah.

Pemangku Ketua Polis Daerah Mersing Asisten Superinten­dan Mohd Nor Mohd Isa berkata, mayat dihantar ke Hospital Sultan Ismail untuk bedah siasat.

 ??  ??
 ??  ?? ANGGOTA bomba dan penyelamat mengangkat mayat mangsa yang ditemui.
ANGGOTA bomba dan penyelamat mengangkat mayat mangsa yang ditemui.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia