Harian Metro

‘AMUK’ TOK GAJAH

- Sitinor@hmetro.com.my

Kota Bharu

Berbanding negeri lain di Malaysia, Kelantan masih kaya dengan kawasan hijau dan hutan tebal yang belum diteroka secara berleluasa terutama di hulu negeri ini.

Daerah Jeli, Kuala Krai dan Gua Musang mempunyai lebih banyak kawasan yang digazetkan sebagai hutan simpan kekal (HSK) untuk menjaga khazanah bumi.

Namun kerakusan peneroka membuka tanah pertanian dan pembalak mengambil balak serta hasil hutan lain sejak akhir-akhir ini sudah mengganggu ekosistem dan habitat bagi haiwan di situ.

Hutan yang gondol mendorong hidupan liar itu terutama gajah mencari sumber lain untuk mendapatka­n makanan dan lokasi terdekat kawasan kebun dan penempatan penduduk yang berada di pinggir hutan.

Ia sekali gus menjadi ancaman kepada penduduk yang bimbang keselamata­n nyawa dan harta benda mereka terganggu.

Mengulas isu itu, Timbalan Pengarah Jabatan Perlindung­an Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Kelantan Ahmad Kamsul Alias berkata, rekod pihaknya menunjukka­n tiga daerah itu paling banyak diancam gajah liar.

“Bagi tempoh Januari hingga Disember 2017, sebanyak sembilan gajah liar dilapor memasuki kawasan kampung dan memusnahka­n tanaman penduduk berbanding lapan ekor tahun sebelumnya.

“Penduduk membuat aduan dan kami mengambil tindakan segera untuk mengesan gajah ini dengan bantuan daripada Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah, Pahang.

“Gajah yang ditangkap kemudian dipindahka­n ke habitat baru yang lebih selamat,” katanya.

Ahmad Kamsul tidak menafikan kehadiran gajah liar di kawasan

Jeli, Kuala Krai, Gua Musang paling banyak diancam

penempatan kerana mencari sumber makanan lain selepas ia gagal diperoleh di kawasan habitat di hutan.

Katanya, kajian pihaknya juga mendapati kemunculan haiwan itu tinggi pada musim buah-buahan iaitu antara Julai hingga September, setiap tahun.

“Pelbagai usaha pencegahan dilakukan PERHILITAN bagi memastikan keselamata­n orang ramai dan mengelak gajah ini mengganggu penduduk.

“Malah, kami memasang pagar elektrik di tiga kawasan iaitu di Sungai Rual, Jeli sepanjang 13 kilometer (km); Batu Melintang, Jeli (11km) dan di Pos Pasik, Gua Musang sepanjang 1km.

“Pagar elektrik ini dapat mencegah gajah daripada memasuki kawasan kampung dan tanaman penduduk,” katanya.

Beliau juga memberitah­u, lampu berkelip warna biru juga membantu usaha menghalau gajah dan ia dipasang di lokasi risiko kerana diyakini mampu menakutkan binatang berkenaan.

Susulan itu, beliau mahu penduduk bekerjasam­a dengan tidak mengambil tindakan sendirian bagi menghalau gajah liar sebaliknya, membuat laporan kepada pihaknya dengan segera.

Selain berpengala­man dan sudah mengambil tindakan sewajarnya, larangan itu juga bagi menjamin keselamata­n penduduk.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia