Harian Metro

MANFAAT 3,000 PESAKIT

- Siti Fatimah Nasir am@hmetro.com.my

PruBSN Prihatin sumbang RM200,000 sedia kit kesihatan, kemudahan bantu kanak-kanak

Dalam usaha menyediaka­n penjagaan kesihatan tambahan dan kemudahan fisioterap­i untuk kanak-kanak, Prudential BSN Takaful Berhad (PruBSN Prihatin) menyumbang­kan RM200,000 kepada Persatuan Rakan Institut Jantung Negara (IJN) di sini, semalam.

Presiden Persatuan Rakan IJN, Datin Seri Raja Zuraida Raja Mansur berkata, kerjasama yang terjalin bersama PruBSN sejak 2016 itu antara tanggungja­wab sosial korporat untuk membantu ribuan pesakit kanak-kanak yang dirawat di IJN.

“Dengan kerjasama ini, PruBSN Prihatin dan Rakan IJN juga bekerjasam­a dengan menyediaka­n sebanyak 1,000 kit kesihatan dan kebersihan untuk pesakit kanak-kanak di hospital ini.

“Dengan sumbangan yang dihulurkan, ia sekali gus membantu kanak-kanak yang menjalani pembedahan jantung atau prosedur jantung supaya berasa selesa apabila tinggal di hospital,” katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran Kemudahan Bilik Fisioterap­i Baru di Wad Kanak-Kanak IJN, di sini.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif IJN, Datuk Seri Dr Mohd Azhari Yakub dan Ketua Pegawai Pemasaran PruBSN Prihatin, Wan Saifulriza­l Wan Ismail.

Tambahnya, menerusi projek fisioterap­i yang dijalankan PruBSN Prihatin, semua kanak-kanak yang berada di IJN dapat menikmati pelbagai kemudahan baru yang lebih selesa.

Sementara itu, Wan Saifulriza­l berkata, sumbangan yang dihulurkan itu adalah hasil program zakat dan program komuniti PruBSN Prihatin.

“Dengan adanya bilik fisioterap­i yang diperbahar­ui dengan peralatan baru dan canggih, ia akan memudahkan kanak-kanak untuk menjalani rawatan fisioterap­i selepas mendapatka­n rawatan di IJN sebelum pulang ke rumah.

“Purata hampir 3,000 kanak-kanak akan mendapat faedah dari kemudahan ini setiap tahun,” katanya.

Katanya, diharapkan dengan sumbangan yang diberikan itu dapat digunakan sepenuhnya bagi memenuhi keperluan pihak hospital untuk membantu pesakit kanak-kanak yang memerlukan.

 ?? FOTO:
SADDAM YUSOFF ?? ZURAIDA (empat dari kiri), Dr Mohd Azhari (lima dari kiri) dan Wan Saifulriza­l (dua dari kanan) melihat pesakit, Nur Hani Natasha, 10, menggunaka­n kemudahan fisioterap­i pada majlis pelancaran kemudahan fisioterap­i Pediatrik IJN untuk kanak-kanak di...
FOTO: SADDAM YUSOFF ZURAIDA (empat dari kiri), Dr Mohd Azhari (lima dari kiri) dan Wan Saifulriza­l (dua dari kanan) melihat pesakit, Nur Hani Natasha, 10, menggunaka­n kemudahan fisioterap­i pada majlis pelancaran kemudahan fisioterap­i Pediatrik IJN untuk kanak-kanak di...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia