Harian Metro

30 suspek pengganas diusir keluar

-

Lebih 30 suspek pengganas warga asing dari pelbagai negara sudah diusir dari Malaysia sejak 2014 hingga akhir tahun lalu.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Anti-Pengganas, Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Ayub Khan Mydin Pitchay berkata, laporan risikan mendapati lebih 50 suspek pengganas warga asing menyusup masuk ke negara ini sejak 2014.

Namun, 30 daripada mereka sudah ditangkap dan diusir sama ada ke negara asal atau lokasi terakhir mereka berlepas.

Beliau berkata, pihaknya juga tidak mempunyai maklumat bagi baki 20 suspek pengganas berkenaan sama ada mereka sudah meninggalk­an Malaysia atau menjadikan negara ini sebagai transit untuk ke negara lain.

“Kita tidak tahu maklumat lengkap mengenai mereka namun kami cuba mengesan mereka.

“Buat masa ini, ada sebuah negara yang menghantar suspek pengganas ke negara ini. Negara berkenaan bersempada­n dengan Syria namun saya tidak boleh maklumkan negara mana kerana ia sensitif,” katanya ketika ditemui selepas membentang­kan kertas kerja bertajuk ‘Bersama Membantera­s Keganasan’ pada Dialog Keselamata­n Antarabang­sa Putrajaya (PISD) 2018, di sini, semalam.

Katanya, mengikut protokol antarabang­sa, negara berkenaan tidak boleh mengusir suspek ke negara lain.

Ayub Khan berkata, apabila ditangkap, suspek pengganas kebiasaann­ya akan ditanya destinasi pilihan mereka dan kebanyakan­nya akan memilih negara yang mudah untuk masuk tanpa visa termasuk Malaysia.

Menurutnya, pihaknya juga mahu negara berkenaan supaya memaklumka­n terlebih dahulu perkara itu sekiranya mahu menghantar suspek pengganas bagi mengelak timbul masalah pada masa depan.

“Jika mereka tidak memaklumka­n kepada kami, sukar untuk kami memantau perkara itu.

“Dalam pada itu, kerjasama antara polis dan polis, kerajaan dan kerajaan serta pasukan risikan dan pasukan risikan antara negara lain penting bagi memastikan masalah berkenaan diatasi sepenuhnya,” katanya.

Katanya, kebanyakan suspek pengganas yang berjaya keluar dari Syria tidak boleh lagi pulang ke negara asal mereka dan mereka akan mencari negara yang mudah dimasuki termasuk yang tidak memerlukan visa.

Ayub berkata, kebanyakan pengganas asing yang disyaki datang ke Malaysia adalah anggota Daish, malah mereka yang dihantar pulang kebanyakan­nya dari negara Asia

Barat.

 ??  ?? AYUB
AYUB

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia