Harian Metro

PUNGUT SAIN

- Yusmizal Dolah Aling yusmizal@hmetro.com.my

Penduduk gerak kempen sokong bina masjid baru di Kepong

Kempen 1,000 Tandatanga­n bagi menyokong pembinaan sebuah masjid baru dilancarka­n di Kepong, semalam menggesa pihak berwajib membina sebuah lagi masjid di dalam Parlimen itu.

Ini kerana Masjid Amaniah sedia ada di kawasan berkenaan sudah tidak mampu menampung jumlah jemaah yang semakin ramai.

Penaungnya, Datuk Norizan Ali berkata, pihaknya terpanggil untuk melancarka­n kempen berkenaan susulan makluman daripada pengerusi surau yang mahukan tambahan masjid di kawasan terbabit.

“Penduduk di sini hanya ada masjid ini (Masjid Amaniah). Inilah satu-satunya dalam Parlimen ini. Pembanguna­n pesat di sekitar kawasan ini menyebabka­n pertambaha­n jemaah khususnya ketika solat Jumaat.

“Kita juga sudah kenal pasti lokasi sesuai iaitu di Taman Laman Rimbunan yang mempunyai tanah rizab milik Majlis Agama Islam Wilayah Persekutua­n (MAIWP), tetapi disewakan kepada pihak lain,” katanya pada sidang media di pekarangan Masjid Amaniah, semalam.

Beliau yang juga Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kepong berkata, satu permohonan bersama tandatanga­n itu akan diserahkan kepada Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Menteri Wilayah Persekutua­n, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dalam masa terdekat bagi menyatakan keinginan masyarakat di sini.

Menurutnya, kedudukan masjid itu yang terletak di sempadan antara Parlimen Segambut, Subang dan Batu menyebabka­n pertambaha­n penduduk yang agak drastik, tetapi masjid masih kekal sejak 50 tahun lalu.

“Di Kepong ini, kita ada lebih 20,000 umat Islam. Itu belum warga asing yang bekerja di sekitar sini. Kawasan Parlimen Bukit Bintang pun ada lebih tiga masjid, begitu juga Cheras, tapi di Kepong hanya satu,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Program Kempen berkenaan, Mohd Ramadhan Othman berkata, kawasan baru yang akan dicadangka­n berkeluasa­n tiga ekar yang terletak di tengah-tengah kawasan Kepong.

“Kami begitu berharap agar hasrat ini dipertimba­ngkan. Datuk Norizan sendiri sebelum ini berjaya mengusulka­n Nuzul Quran dijadikan cuti umum di Wilayah Persekutua­n dan berjaya. Jadi kali ini, kami harap suaranya sekali lagi didengari,” katanya.

 ??  ?? NORIZAN (dua dari kiri) bersama jemaah masjid pada Kempen 1000 tandatanga­n menyokong masjid baru didirikan di Kepong.
NORIZAN (dua dari kiri) bersama jemaah masjid pada Kempen 1000 tandatanga­n menyokong masjid baru didirikan di Kepong.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia