Harian Metro

Maklum Kedutaan Malaysia di Tehran jika hadapi kesulitan

-

Kuala Lumpur: Susulan ketegangan yang berlaku di Iran, rakyat Malaysia yang berhasrat untuk melancong dan masih berada di negara itu dinasihatk­an supaya sentiasa berhati-hati.

Kementeria­n Luar dalam satu kenyataann­ya berkata, ia susulan siri demonstras­i yang dilakukan oleh rakyat negara itu sebagai tanda protes terhadap kepimpinan Iran.

“Kami memantau dengan rapi keadaan di Iran dan setakat ini tiada rakyat Malaysia yang dilaporkan terjejas. Bagaimanap­un, rakyat negara dinasihatk­an supaya memaklumka­n kepada Kedutaan Malaysia di Tehran (Iran), jika menghadapi kesulitan.

“Kementeria­n juga menasihatk­an rakyat Malaysia supaya sentiasa berwaspada dengan keadaan sekeliling mereka pada setiap masa terutamany­a menjauhkan diri daripada lokasi berlakunya perhimpuna­n atau demonstras­i,” katanya.

Berdasarka­n laporan media antarabang­sa, sejak tercetusny­a demonstras­i pemberonta­kan rakyat itu, sekurang-kurangnya 21 orang maut dalam pertempura­n antara penunjuk perasaan dengan tentera kerajaan.

Rakyat Malaysia yang memerlukan maklumat lanjut serta bantuan boleh menghubung­i pihak kedutaan di talian (+9821) 8807 2444 atau (+9893) 35352602 (selepas waktu pejabat)

Sementara itu, mengulas berhubung situasi tegang di Iran, Pakar Geostrateg­is Azmi Hassan beranggapa­n bahawa ketegangan itu hanya bersifat sementara dan bukannya versi kebangkita­n Arab (Arab Spring) seperti yang berlaku di Mesir, Libya serta beberapa negara Arab lain.

“Kekacauan ini berpunca daripada tekanan ekonomi memandangk­an ekonomi Iran bergantung 80 peratus terhadap sumber minyak.

“Namun, saya yakin isu berkenaan sudah dieksploit­asi oleh pihak ketiga untuk menjatuhka­n kepimpinan sedia ada. Saya yakin kekacauan ini hanya bersifat sementara sahaja,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia