Harian Metro

Prestasi terbaik ringgit

-

Kuala Lumpur: Ringgit dijangka didagangka­n pada nilai antara RM3.95 hingga RM4 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada minggu hadapan berikutan sentimen mata wang tempatan yang semakin pulih dan mendapat perhatian pasaran.

Unjuran itu susulan pengukuhan ringgit ke bawah paras RM4 berbanding dolar AS buat kali pertama sejak Ogos 2016 pagi semalam didorong jangkaan positif ekonomi dan kedudukan kewangan negara.

Mata wang tempatan itu meningkat 0.4 peratus kepada RM3.991 sedolar, tertinggi sejak 16 Ogos 2016.

Ketua Ekonomi MIDF Amanah Investment Bank, Dr Kamaruddin Mohd Nor berkata, antara satu pemangkin kepada prestasi terbaik ringgit itu adalah disebabkan kedudukan harga minyak yang lebih tinggi.

“Selain itu, terdapat beberapa lagi faktor penyumbang lain seperti tinjauan makro yang positif, prestasi perdaganga­n luar yang lebih baik, sentimen kenaikan harga serta lemahnya dolar AS,” katanya ketika dihubungi Bisnes Metro di sini, semalam.

Disember tahun lalu, da- lam satu taklimat tinjauan ekonomi 2018, Kamarudin mengunjurk­an ringgit dijangka mengukuh di bawah paras RM4 berbanding dolar AS secara berperingk­at pada 2018 dan mencapai RM3.95 sedolar menjelang hujung tahun.

Menurutnya, mata wang tempatan yang berlegar pada paras RM4.05 sedolar ketika itu menyaksika­n peningkata­n 1.6 peratus pada suku kedua dan 3.1 peratus pada suku ketiga 2017.

Dalam usaha mengukuhka­n ringgit, Bank Negara Malaysia (BNM) dengan kerjasama Jawatankua­sa Pasaran Kewangan (FMC) melaksanak­an dua kali langkah liberalisa­si iaitu pada Disember 2016 dan April 2017 dengan sebahagian daripada inisiatif meningkatk­an kecairan dalam pasaran mata wang asing.

BNM melaksanak­an inisiatif ketiga pada November 2017 dengan matlamat meningkatk­an jualan jangka pendek dan melancarka­n kecairan pasaran bank tempatan berlesen dengan memperluas­kan cagaran sesuai untuk operasi kecairan.

Selain itu, United Overseas Bank (UOB) berkata, untuk tempoh selanjutny­a, tiga faktor positif utama menyokong pengukuhan ringgit ialah pertumbuha­n ekonomi kukuh, pengukuhan harga minyak mentah dunia dan jangkaan kesan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) dijadualka­n tahun ini.

 ??  ?? KEDUDUKAN harga minyak lebih tinggi jadi pemangkin prestasi ringgit.
KEDUDUKAN harga minyak lebih tinggi jadi pemangkin prestasi ringgit.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia