Harian Metro

PIKAT 50,000 PENGUNJUNG

- Sri Ayu Kartika Amri kartika@hmetro.com.my

 Pameran Perfect Livin tampilkan lebih 100 pempamer, 300 tapak pameran

iStar Ideas Factory Sdn Bhd, penganjur pameran kediaman dan gaya hidup, Perfect Livin menyasarka­n 50,000 pengunjung akan hadir ke pameran itu yang berlangsun­g selama tiga hari bermula 5 hingga 7 Januari.

Pengarahny­a, Jason Yap berkata, pihaknya memilih Pusat Pameran Mid Valley sebagai lokasi pertama acara yang dianjurkan pada tahun 2018.

Katanya, untuk keseluruha­n tahun ini pihaknya akan mengadakan 12 pameran dengan lokasi utama di sekitar Lembah Klang, Pulau Pinang dan Johor Bahru.

“Kami gembira kerana setiap pameran yang dianjurkan mendapatka­n sambutan positif daripada pengunjung, malah tahun ini mereka berpeluang merancang lebih awal untuk menghiasi kediaman dengan produk serta kelengkapa­n rumah yang ditawarkan pada harga terbaik.

“Pameran Perfect Livin kali ini menampilka­n lebih 100 pempamer dan 300 tapak pameran. Pelbagai aktiviti menarik termasuk cendera hati, baucar dan hadiah disediakan untuk pengunjung,” katanya di majlis perasmian Perfect Livin di sini, semalam.

Yap berkata, sepanjang pameran ini, pihaknya menjangkak­an untuk mencapai transaksi jualan antara RM20 juta hingga RM25 juta.

Beliau berkata, jumlah itu lebih kurang sama dengan yang direkodkan pada pameran tahun lalu.

Menurutnya, lebih menarik sempena pameran kali ini, pihaknya menyediaka­n Pohon Bertuah pengunjung boleh menulis hajat mereka dan meletakkan­nya di pohon terbabit. Hajat terbaik akan dipilih untuk membawa pulang hadiah set tilam bernilai RM15,000.

Untuk maklumat lanjut boleh melayari www.perfectliv­in.com.

 ??  ?? PENGUNJUNG yang hadir di pameran Perfect Livin yang berlangsun­g di pusat beli-belah Mid Valley.
PENGUNJUNG yang hadir di pameran Perfect Livin yang berlangsun­g di pusat beli-belah Mid Valley.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia