Harian Metro

IWK berhasrat jadi syarikat air sisa terunggul di rantau Asia

-

Indah Water Konsortium (IWK) berhasrat untuk menjadi syarikat air sisa terunggul di rantau Asia menjelang 2020 selari dengan pelan Transforma­si IWK 2020 (TI2020) yang bermula sejak tahun lalu.

TI2020 yang dilaksanak­an dalam tempoh empat tahun itu akan memberi tumpuan khusus kepada empat tema berbeza iaitu pembanguna­n modal insan, inovasi, automasi dan teknologi, pengantara­bangsaan serta menjadi syarikat air sisa terunggul Asia.

Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Faizal Othman berkata, pengurusan merangka pelan strategik yang turut membentuk budaya kerja berprestas­i tinggi dengan menggalakk­an kreativiti dan inovasi melalui Program Peningkata­n Berterusan (CIP).

Beliau berkata, sejak program CIP bermula pada 2009 dan diteruskan sehingga kini, sebanyak

226 projek diterima dan 25 projek terpilih untuk dilaksanak­an di pejabat dan loji IWK seluruh negara.

“Projek yang dijalankan bukan saja memberikan impak positif kepada IWK malah turut mewujudkan penjimatan kos mencecah RM1.8 hingga RM2 juta.

“Kita juga berharap dengan segala usaha seperti penggunaan teknologi hijau dalam inovasi dan teknologi sebagai tema kedua TI2020 akan melancarka­n misi IWK untuk menjadi syarikat air sisa terunggul di rantau ini,” katanya pada sidang media majlis pensijilan IS0 9001:2015 Sistem Pengurusan Kualiti (QMS) di Ibu Pejabat IWK, semalam.

 ??  ?? PENGARAH NQA Certificat­ion Services Malaysia, Sukhbeer Singh (kanan) menyerahka­n persijilan ISO9001:2015 QMS kepada Faizal pada majlis pensijilan IS0 9001:2015 QMS di Ibu Pejabat IWK, semalam.
PENGARAH NQA Certificat­ion Services Malaysia, Sukhbeer Singh (kanan) menyerahka­n persijilan ISO9001:2015 QMS kepada Faizal pada majlis pensijilan IS0 9001:2015 QMS di Ibu Pejabat IWK, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia