Harian Metro

LBS Bina Group sasar jualan RM1.8b

-

Kuala Lumpur: LBS Bina Group Bhd meletakkan sasaran jualan sebanyak RM1.8 bilion bagi tahun ini berikutan menamatkan tahun 2017 dengan cemerlang.

Pengarah Urusan Kumpulan, Tan Sri Lim Hock San berkata, LBS sudah membuktika­n daya ketahanann­ya dalam sektor hartanah apabila mencapai RM1.43 bilion dalam hasil jualan 2017, naik 15 peratus berbanding 2016.

Katanya, LBS menjangkak­an permintaan terhadap rumah mampu milik akan terus menjadi keperluan utama dalam kalangan pembeli rumah.

“Kekuatan kami terletak di sini dan LBS terbabit dalam pembinaan rumah mampu milik sejak dari awal lagi. Oleh sebab itulah kami mempunyai rekod pencapaian yang cemerlang selama 35 tahun.

“Kami percaya strategi dalam menyediaka­n penawaran yang diingini pada harga yang berpatutan dan pada masa yang sesuai akan terus mengekalka­n momentum kami,” katanya pada sidang media.

Lim berkata, LBS bersedia untuk menyerahka­n 2,869 unit rumah bernilai RM1.79 bilion.

Beliau berkata, dengan permintaan berterusan untuk lebih banyak rumah mampu milik yang mudah diakses, syarikat akan membangunk­an sebanyak 3,139 unit rumah berharga di bawah RM500, 000 pada tahun ini, mewakili 60 peratus daripada sasaran jualan.

“Baki 40 peratus terdiri daripada pembanguna­n kediaman hartanah bertanah di Lembah Klang dengan GDV sebanyak RM884 juta,” katanya.

Menurut Lim, LBS kini mempunyai simpanan tanah seluas 1,663.26 hektar dengan GDV keseluruha­n sebanyak RM29.04 bilion.

 ?? Lim ?? Kami percaya strategi dalam menyediaka­n penawaran yang diingini pada harga yang berpatutan dan pada masa yang sesuai akan terus mengekalka­n momentum kami”
Lim Kami percaya strategi dalam menyediaka­n penawaran yang diingini pada harga yang berpatutan dan pada masa yang sesuai akan terus mengekalka­n momentum kami”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia