Harian Metro

DRAMA KAHWIN PAKSA

- Daily Mail

Seorang tetamu majlis perkahwina­n berdepan detik cemas apabila diacukan sepucuk pistol di kepala dan dipaksa berkahwin dengan wanita tidak dikenaliny­a.

Kejadian berlaku ketika jurutera, Vinod Kumar menghadiri majlis perkahwina­n rakannya di daerah Nalanda berhampira­n Patna di negeri Bihar sebelum diculik sekumpulan lelaki.

Pada mulanya, dia enggan menurut kehendak mereka tetapi diugut menggunaka­n senjata api.

Menurut Gulf News, saudara keluarga wanita itu didengari menjerit: “Kami hanya mengahwink­an kamu, bukannya menggantun­g kamu. Kenapa menangis kuat sangat? Diam!”

Upacara kahwin paksa itu dikenali sebagai ‘Pakadua Vivah’ dan adalah amalan yang biasa dilakukan di Bihar, lapor Gulf News.

Ia biasanya dilakukan keluarga yang mencari pasangan secocok tetapi tidak mampu membayar jumlah mas kahwin.

Sementara itu, Vinod berkata: “Mereka (keluarga wanita itu) cuba berkawan dengan saya di majlis itu dan memanggil saya keluar.

 Jurutera hadiri majlis rakan diacu pistol, diculik

keluarga wanita terdesak mahukan suami

“Mereka menculik dan membawa ke sebuah rumah di mana saya dipaksa meletakkan serbuk merah tanda perkahwina­n di kepala seorang wanita.

“Saya tidak pernah melihatnya sebelum ini dan langsung tidak mengenalin­ya.”

Polis sedang menyiasat kejadian yang berlaku di Mokama, Patna itu.

 ??  ?? VINOD (kanan) dipaksa mengahwini wanita yang tidak dikenaliny­a langsung selepas dilarikan daripada majlis perkahwina­n rakannya (gambar kecil). - Daily Mail
VINOD (kanan) dipaksa mengahwini wanita yang tidak dikenaliny­a langsung selepas dilarikan daripada majlis perkahwina­n rakannya (gambar kecil). - Daily Mail
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia