Harian Metro

KONON AJAR KEBAL

-

 Guru jadikan 41 budak lelaki berusia 10 hingga 15 tahun mangsa seksual sebagai bayaran turun ilmu

Seorang guru yang di gelar

Babeh (ayah) oleh muridnya ditahan di Jakarta kerana disyaki meliwat 41 kanak-kanak lelaki berusia 10 hingga 15 tahun kononnya untuk mengajar mereka ilmu kebal.

Lelaki berusia 49 tahun yang hanya dikenali sebagai WS itu kononnya mampu mengubat termasuk mengajar ilmu kebal serta pengasih, dan ditahan pada 20 Disember lalu di kediamanny­a di Gunung Kaler, Tangerang.

Jurucakap polis Sabilul Alif berkata, suspek meliwat 25 kanak-kanak di pondoknya sejak April 2017.

“Suspek berkata, dia mula melakukan perbuatan terkutuk berkenaan tiga bulan selepas isterinya bekerja di Malaysia.

“Dia mengakui mangsa terbabit sering datang ke pondoknya yang terletak berhampira­n sekolah pondok kanak-kanak berkenaan. Mereka percayai dia mampu mengubati penyakit secara tradisiona­l selain mempunyai ilmu kebal.

“Susulan itu, mereka mahu belajar ilmu itu daripadany­a dan diminta bayaran, namun apabila semuanya mengaku tidak berduit, suspek meminta ‘bayaran’ lain.

“Dia mendakwa semua mangsa bersetuju, namun mereka yang menolaknya diugut akan mendapat sial selama 60 hari sehingga akhirnya akur,” katanya.

Susulan itu, katanya, suspek mengarahka­n mangsa menelan logam bulat kecil didakwa sebahagian daripada syarat pembelajar­an mereka.

Menurutnya, pondok suspek dibakar penduduk kampung yang tidak berpuas hati apabila kanak-kanak terlalu kerap pergi menemuinya, namun mangsanya tetap datang mencarinya di pondok baru didirikan pada Oktober tahun lalu tidak jauh dari situ seterusnya membolehka­nnya meneruskan aktiviti berkenaan. “Bagaimanap­un, perbuatann­ya terbongkar pada 2 Disember lalu apabila seorang pelajar yang diliwat mengadu kejadian itu kepada ibu bapanya yang membuat laporan polis,” katanya.

Jika sabit kesalahan, suspek boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 15 tahun bagi setiap tuduhan.

 ??  ?? POLIS mempamerka­n suspek kepada media. - Agensi
POLIS mempamerka­n suspek kepada media. - Agensi
 ??  ?? TEMPAT suspek dipercayai meliwat mangsanya. - Agensi
TEMPAT suspek dipercayai meliwat mangsanya. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia