Harian Metro

Misi Jin Wei tawan dua temasya

-

Lumpur: Pemain badminton perseorang­an wanita negara, Goh Jin Wei mempunyai misi serampang dua mata pada permulaan awal musim 2018, iaitu mahu memastikan Malaysia mara ke saingan akhir Piala Uber serta menamatkan saingan dengan kedudukan podium bagi Sukan Komanwel Gold Coast 2018.

Bagi juara remaja dunia 2015 itu, secara keseluruha­nnya, dia berpuas hati dengan senarai pemain yang dipilih untuk beraksi di Kejohanan Berpasukan Asia (kelayakan Piala Uber) walaupun sedar, mereka masih mempunyai jurang agak jauh dengan pasukan handalan seperti Thailand, Indonesia serta China.

“Apa yang penting kita ke sana (Alor Setar) dengan penuh semangat untuk berjuang. Dua lagi pemain perseorang­an wanita, S Kisona dan Lim Yin Fun juga seorang pejuang,” katanya ketika ditemui di majlis bertemu peminat Kelab Badminton (KB) Ampang Jaya di Sen Heng Pandan Jaya, semalam.

Dia yakin, Kisona dan Yin Fun mampu menggalas cabaran negara dan tidak mempunyai sebarang masalah untuk beraksi dalam perlawanan penentuan jika kedudukan terikat 2-2.

“Apabila tiba pada perlawanan penentuan, apa saja boleh berlaku, kerana itu adalah aksi terakhir. Kisona dan Yin Fun adalah seorang pejuang,” kata pemain kelahiran Pulau Pinang berusia 18 tahun itu.

Ditanya mengenai penyenarai­an namanya ke Sukan Komanwel, Jin Wei mengakui sangat teruja dengan keputusan yang dibuat Persatuan Badminton Malaysia (BAM) itu.

“Setidak-tidaknya saya dapat mengikut jejak langkah pemain senior (yang pernah beraksi di temasya berkenaan) dan ia juga adalah penampilan sulung saya di Komanwel.

 ??  ?? DARI kiri, Zulfadli Zulkifli, Chan Peng Soon dan Jin Wei menandatan­gani baju kelab untuk peminat disaksikan Pengarah Urusan Sen Heng Electric (KL) Sdn Bhd, Lim Kim Heng (empat dari kiri).
DARI kiri, Zulfadli Zulkifli, Chan Peng Soon dan Jin Wei menandatan­gani baju kelab untuk peminat disaksikan Pengarah Urusan Sen Heng Electric (KL) Sdn Bhd, Lim Kim Heng (empat dari kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia