Harian Metro

MASIH RELEVAN

- Saiful Affendy Sapran saifulaffe­ndy@hmetro.com.my

 Biarpun hanya enam pasukan semuanya mempunyai kualiti

Bagi saya, bukan kuantiti tetapi kualiti itu yang lebih

penting

Subahan Kamal

Presiden Konfederas­i Hoki Malaysia (MHC), Datuk Seri Subahan Kamal (gambar) menegaskan, pihaknya lebih mementingk­an kualiti berbanding kuantiti pasukan yang bertanding di saingan Liga Hoki Malaysia (LHM).

Jadi, tegasnya, penyertaan enam pasukan di Liga Perdana musim ini masih kekal relevan kerana kesemua pasukan yang bertanding itu mempunyai kualiti yang dimahukan untuk beraksi di liga paling utama di Malaysia.

“Jangan kita hanya melihat kepada jumlah pasukan yang mengambil bahagian saja. Kalau kita ada 10 atau 20 pasukan yang mengambil bahagian, tetapi tiada kualiti, apa gunanya?

“Bagi saya, bukan kuantiti tetapi kualiti itu yang lebih penting. Sebab itu, saya harap pengurusan TNB (Tenagan Nasional Berhad) yang menjadi rakan penaja kami memahami perkara ini,” katanya.

Jelas Subahan, sejak beberapa tahun ini, jelas sekali LHM mendapat sambutan menggalakk­an apabila ramai pemain ternama dunia ingin beraksi di sini.

“Hari ini kita sudah dapat tarik minat (Gonzalo) Peillat yang juga pakar pukulan sudut penalti terbaik dunia bermain di sini bersama THT (Terengganu Hockey Team) dan berharap selepas ini, ramai lagi pemain ternama akan beraksi di Liga Perdana.

“Untuk TNB, saya menghormat­i falsafah mereka yang tidak mahu menggunaka­n pemain import, sebaliknya mengutamak­an pemain tempatan dan pendekatan ini sememangny­a amat baik.

“Tetapi, seperti saya katakan tadi, TNB tidak harus terlalu melihat kepada jumlah pasukan yang mengambil bahagian dan perkara ini sebenarnya sudah saya terangkan kepada pengurusan TNB sebelum ini,” katanya.

Jelasnya, bagi meningkatk­an lagi kualiti LHM serta menarik pemain import berkualiti beraksi di sini pada tahun depan, pihaknya akan mengemukak­an cadangan untuk mencuba membantu pasukan mendapat pemain import yang dimahukan.

“Saya harap kita akan dapat mencari satu formula iaitu apabila ada pemain import seperti Peillat mahu beraksi di sini, tetapi kelab mungkin tidak mampu membayar jumlah gaji mereka, mungkin boleh dibuat satu perjanjian perkongsia­n,” katanya.

Sebelum ini, Ketua Pegawai Korporat TNB, Datuk Wira Roslan Ab Rahman dilaporkan berharap MHC dapat meningkatk­an kemeriahan Liga Perdana dengan menambah jumlah penyertaan pasukan tahun depan selepas hanya enam pasukan mengambil bahagian musim ini.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia