Harian Metro

Sivasangar­i mara ke suku akhir selepas atasi Karina

- Devinder Singh devinder@nst.com.my

Kuala Lumpur: Bintang remaja S Sivasangar­i menerajui kelompok sembilan pemain negara ke suku akhir dalam kategori berbeza di Terbuka Remaja British di Birmingham kelmarin.

Bermain di tahun akhirnya dalam kategori remaja, Sivasangar­i menewaskan pemain England Karina Tyma 11-7, 11-7, 11-5 untuk menempah pertemuan dengan Au Yeong Wai Yhann dari Singapura dalam kelompok lapan terakhir kategori wanita bawah 19 tahun.

Sivasangar­i pernah menjuarai kategori bawah 15 di kejohanan sama pada tahun 2014 dan kini berada di landasan terbaik untuk merangkul gelaran keduanya Terbuka Remaja British.

Aifa Azman (gambar), juara bawah 13 dan 15 pada tahun 2014 dan 2015, dalam pemburuan gelaran ketiganya di Terbuka Remaja British selepas pilihan kedua kejohanan itu menewaskan pemain New Zealand Kaitlynn Watts 11-3, 11-8, 11-7 dalam kategori bawah 17 tahun.

Cabaran negara dalam kategori bawah 19 tahun lelaki berakhir apabila Ong Sai Hung tewas 11-2, 11-9, 11-8 kepada pemain Mesir Ahmed Elmashad, manakala pilihan ketiga kejohanan Shahrul Izham Nurhaqiem dikejutkan oleh pemain India Saksham Choudary yang menewaskan­nya 11-4, 6-11, 16-14, 4-11, 11-6 di pusingan keempat kategori bawah 17 tahun.

Pilihan kedua Amir Amirul Azhar meneruskan cabaran dalam kategori bawah 15 lelaki selepas menundukka­n Ismail Mansour dari Mesir 6-11, 11-5, 11-3, 11-3 di pusingan keempat.

Aira Azman satu-satunya wakil negara yang tinggal dalam kategori wanita bawah 15 dan dia bakal berdepan pilihan utama dari Mesir, Nour Khaled Aboulmakar­im di suku akhir.

K Sehveetrra­a dan U Thanusaa berpeluang bertemu di separuh akhir dalam kategori bawah 13 wanita apabila kedua-dua berjaya ke suku akhir, tetapi tiada wakil lelaki negara dalam kategori umur berkenaan apabila Harith Danial Jefri tewas 11-5, 5-11, 11-3, 13-11 kepada Jat Tse dari Hong Kong.

Dalam kategori bawah 11 tahun yang baru diperkenal­kan, pilihan ketiga Lee Hong Wong dan M Nickhilesw­ar masing-masing mara ke kelompok lapan terakhir lelaki manakala Whitney Wilson dalam kategori wanita.

 ??  ?? SIVASANGAR­I (kiri) mempamerka­n aksi bertenaga pada Terbuka Remaja British di Birmingham kelmarin.
SIVASANGAR­I (kiri) mempamerka­n aksi bertenaga pada Terbuka Remaja British di Birmingham kelmarin.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia