Harian Metro

Harte dituntut pamer aksi cemerlang

-

Kuala Lumpur: Pengendali Universiti Kuala Lumpur (UniKL), Arul Selvaraj menuntut kecemerlan­gan penjaga gol importnya, David Harte (gambar) menjelang pertemuan separuh akhir Piala Tan Sri P Alagendra bertemu Kelab Hoki Kuala Lumpur (KLHC) hari ini.

Diiktiraf selaku penjaga gol terbaik dunia selama dua tahun berturut-turut, bintang dari Ireland itu setakat ini belum benar-benar diuji selepas dua perlawanan.

Bagaimanap­un pertemuan dengan KLHC itu dilihat umpama buku bertemu ruas kerana lawan mereka itu juga mempunyai barisan pemain berkualiti termasukla­h pakar pukulan sudut penalti dari Korea Selatan, Jang Jong Hyun yang pastinya akan cuba menewaskan Harte.

Jong Hyun adalah penjaring terbanyak Liga Hoki Malaysia (LHM) musim lalu ketika beraksi bersama Terengganu Hockey Team

(THT).

“Sudah tentu saya menjangkak­an kali ini Harte akan diuji. Dia seorang pemain yang matang serta mempunyai keyakinan tinggi. Kehadirann­ya bukan saja dapat membantu di benteng terakhir, malah dia menambahka­n keyakinan kepada rakan sepasukan lain untuk bermain dengan lebih baik,” kata Arul.

Menurut bekas penolong jurulatih skuad negara itu, sasaran selepas ini adalah untuk menewaskan KLHC sekali gus mara ke pentas final Piala Tan Sri P Alagendra buat kali pertama.

“Dengan kehadiran pemain import bertaraf dunia, kami harap dapat menyaingi KLHC dan THT. Sudah tentu sasaran selepas ini adalah untuk memenangi perlawanan separuh akhir dan mara ke final,” kata Arul yang memiliki pasukan lebih seimbang berbanding edisi lalu.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia