Harian Metro

MORAL ATLET PULIH

- Mohd Khairie Khalid khairie@bh.com.my

 Anak buah Poad lega kesihatan jurulatih tunjuk

perkembang­an positif

Moral dan semangat atlet Mohd Poad Md Kassim semakin pulih selepas keadaan jurulatih itu yang koma akibat dijangkiti kuman pada paru-paru sudah stabil.

Perkembang­an positif itu dimaklumka­n pembantu Poad, Mas Murni Abdullah.

Menurutnya, meskipun Mohd Poad masih dirawat Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru, anak didiknya tetap menjalani latihan seperti biasa.

“Saya mula mengambil alih tugas Mohd Poad sejak beliau memasuki hospital bulan lalu. Pada peringkat awal anak didiknya memang dilihat tidak begitu bersemanga­t kerana bimbang dengan keadaan jurulatih mereka.

“Namun, saya lihat moral mereka kembali pulih sejak kebelakang­an ini. Ini bermakna mereka sedar mengenai tugas masing-masing. Malah saya akan jaga mereka sehingga Poad dibenarkan keluar dari hospital.

“Alhamdulil­lah, keadaan Poad pun semakin OK,” kata Mas.

Mas,

jurulatih

sepenuh masa dan menjadi pembantu kepada Mohd Poad sejak 2004 memberitah­u beliau akan berhubung dengan jurulatih itu bagi memaklumka­n perkembang­an terkini anak didiknya.

Minggu lalu, seluruh negara gempar apabila Mohd Poad yang bertanggun­gjawab melahirkan generasi baharu pelari pecut seperti Khairul Hafiz Jantan dan Badrul Hisyam Abdul Manap dilaporkan koma akibat jangkitan kuman pada paru-paru.

Sebagai rekod, Poad adalah guru dari Chabau, Jasin, Melaka yang juga pemegang Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Jasmani Open University Malaysia (OUM).

Antara kejayaanny­a adalah melahirkan pemenang pingat emas acara pecut 100 meter Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017), Khairul Hafiz.

Poad membentuk The Speedy Jantan untuk menamatkan kemarau 14 tahun emas negara bagi acara riben biru dengan catatan masa 10.38 saat, sekali gus menewaskan juara edisi lalu dari Filipina, Eric Cray.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia