Harian Metro

KOM sedia garis panduan larangan larian maraton

- Firdaus Hashim firdaushas­him@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) disaran menyediaka­n satu garis panduan berkenaan larangan atlet jarak jauh dan sederhana daripada menyertai larian terbuka maraton yang boleh menjejaska­n tumpuan.

Bekas jaguh jarak jauh dan sederhana negara, Mohd Jironi Riduan berkata, kemerosota­n prestasi atlet kebangsaan dalam acara itu sejak beberapa tahun lalu disebabkan keghairaha­n atlet bersaing dalam larian maraton hingga menjejaska­n matlamat mereka dipilih menyertai kem negara.

“Memang betul ada atlet di bawah program MSN (Majlis Sukan Negara) dan KOM yang suka menyertai larian maraton pada hujung minggu kerana menawarkan hadiah kemenangan cukup lumayan.

“Apabila mereka menyertai larian itu sehingga 10 ke 20 kilometer, mereka memerlukan masa yang agak panjang untuk ‘recovery’ semula sedangkan latihan di bawah program juga perlu diteruskan setiap hari.

“Jadi, itu sudah tentu mengganggu fokus atlet dan sebab itu juga mungkin mengapa kita tidak dapat melahirkan atlet jarak jauh dan sederhana yang baik ketika ini.

“Saya harap KOM dapat keluarkan satu garis

panduan kepada atlet agar mereka sedar akan tanggungja­wab apabila sudah berada di dalam program,” kata pemenang dua pingat emas acara 800 meter dan 1,500 meter di temasya Sukan SEA Myanmar 2013 lalu.

Menerusi laporan sebelum ini, bekas raja pecut Asia Tenggara Nazmizan Muhammad menaruh harapan tinggi agar KOM segera mengubah nasib acara jarak jauh dan sederhana yang semakin tenggelam sejak era kegemilang­an M Ramachandr­an dan P Jayanthi di era 80-an dan 90-an dulu.

Malah, Nazmizan turut mengakui lambakan pertanding­an larian maraton di seluruh negara juga menyumbang kepada kemerosota­n acara jarak jauh dan sederhana apabila ramai atlet memilih untuk memberi tumpuan kepada saingan yang menjanjika­n hadiah lumayan itu.

Justeru, beliau mahu KOM segera mengubah dengan turut menawarkan hadiah lumayan dalam setiap sirkit terbuka kebangsaan bagi memupuk minta kepada atlet negara.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia