Harian Metro

ISI MASA BERMAIN GITAR

- Saiful Affendy Sapran saifulaffe­ndy@hmetro.com.my

 Main muzik, menyanyi dapat lupakan seketika rutin hariannya sebagai pemain futsal

sudah dianugerah­kan bakat, apa saja yang dilakukan dalam kehidupan pasti menjadi dan itu mungkin perumpamaa­n paling tepat buat pemain futsal kebangsaan, Intan Sarah Anisah Zulgafli.

Kalau satu ketika dulu dia bergelar pelari pecut yang pernah memenangi pingat Sukan Malaysia (SUKMA), keputusan Intan untuk mengubah karier sebagai pemain futsal juga sudah menunjukka­n bibit kejayaan dengan berjaya mendapat tempat dalam skuad kebangsaan.

Namun selain hebat memecut di trek serta lincah menggelece­k bola di gelanggang futsal, rupa-rupanya atlet berusia 19 tahun itu juga cukup berbakat menyanyi dan bermain gitar.

Menceritak­an bagaimana bermulanya minat untuk bermain gitar, Intan berkata, ia didorong oleh abangnya.

“Saya memang minat muzik dan ia semakin kuat apabila melihat abang bermain gitar.

“Jadi bila ada masa lapang, saya akan curi-curi menggunaka­n gitar abang untuk belajar memetik gitar.

“Saya tak melalui kelas formal pun, sebaliknya menggunaka­n carian Google untuk belajar kod gitar. Selain itu saya melihat nyanyian penyanyi yang saya minat menerusi YouTube.

“Kemudian dari situ saya terus belajar dan cuba memperbaik­i teknik bermain gitar dengan betul,” katanya.

Mengenai genre lagu yang diminatiny­a, Intan berkata, dia tidak terlalu memilih, sebaliknya akan cuba mempelajar­i kod lagu yang diminatiny­a.

“Tapi biasanya saya suka lagu yang nadanya agak relaks dan tidak terlalu pantas.

“Bukan bermaksud saya suka lagu jiwang, tapi lagu seperti itu lebih tenang dan seronok untuk mempelajar­i kodnya,” katanya.

Satu perkara yang menarik Intan gemar memuat naik video lagu yang dimainkann­ya semula di laman sosial Instagram.

“Mula-mula saya cuma suka-suka memuat naik video. Selepas itu tiba-tiba dapat reaksi positif pula.

“Itu yang menguatkan lagi semangat saya untuk memuat naik video lain. Tujuan saya hanya mahu berkongsi apa yang saya lakukan kepada rakan di Instagram,” katanya.

Atlet berasal dari Kuala Lumpur itu juga tidak menafikan dengan melakukan aktiviti sedemikian pada masa lapang, ia dapat melupakan seketika rutin harian sebagai pemain futsal kebangsaan.

“Memang rasa seronok bila dapat bermain gitar tapi ia tidaklah sampai menjejaska­n fokus utama saya sebagai pemain futsal.

“Keutamaan saya masih sebagai atlet dan hobi menyanyi serta bermain gitar ini hanyalah untuk mengisi masa lapang saja,” katanya.

 ??  ?? INTAN bersama pasukan futsal bergambar kenangan selepas perlawanan persahabat­an.
INTAN bersama pasukan futsal bergambar kenangan selepas perlawanan persahabat­an.
 ??  ?? INTAN mengisi masa lapang bermain gitar.
INTAN mengisi masa lapang bermain gitar.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia