Harian Metro

TAK HIRAU JADUAL PADAT

- AFP

Manchester, England

 Fernandinh­o, Ederson gemar beraksi banyak perlawanan

Pemain Manchester City tidak berkongsi kebimbanga­n pengurus mereka Pep Guardiola berhubung jadual padat ketika mereka bersiap sedia menanti kunjungan Burnley pada pusingan ketiga Piala FA malam ini.

Guardiola bimbang City tidak mampu menangani semua perlawanan dalam misi mereka memburu empat kejuaraan.

Pasukannya beraksi dalam sembilan perlawanan sepanjang bulan lalu dan berdepan sekurang-kurangnya tujuh perlawanan bulan ini dan jika mereka mara ke final Liga Juara-Juara, Piala FA dan Piala Liga, mereka akan menempuh sekurang-kurangnya 63 perlawanan pada akhir musim.

Guardiola berkata, selepas menang ke atas Watford 3-1 Selasa lalu, keputusan yang mengekalka­n 15 mata buat City di puncak Liga Perdana, jadual padat musim Krismas dan Tahun Baru ‘akan membunuh pemain’.

Bagaimanap­un pemain tengah Fernandinh­o dan penjaga gol Ederson masing-masing mengakui gembira dapat bermain banyak perlawanan dan mahu turun menentang Burnley minggu ini, biarpun pengurus mereka sedia menggilirk­an pemain bagi memastikan pemain seniornya kekal cergas.

“Saya menghabisk­an

Tahun

Baru di rumah bersama anak dan isteri dan tetap cergas,” kata Fernandinh­o.

“Anda lihat apa yang akan dilakukan Pep tapi sudah pasti setiap pemain akan bersedia jika beliau memerlukan mereka.

“Kami di sini, kami profesiona­l dan saya tidak mahu berehat.”

Ederson hampir pasti digantikan dengan Claudio Bravo, yang diturunkan dalam semua aksi Piala Liga musim ini tetapi penjaga gol Brazil itu menegaskan dia juga sudah bersedia menyahut cabaran.

“Semua pemain mahu diturunkan, jadi ia sesuatu yang hebat jika ada banyak perlawanan. Malah pasukan juga beraksi cemerlang.”

 ??  ?? FERNANDINH­O EDERSON (kiri) tak sabar beraksi walaupun sentiasa dicabar Bravo.
FERNANDINH­O EDERSON (kiri) tak sabar beraksi walaupun sentiasa dicabar Bravo.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia