Harian Metro

SEGERA LAPOR DIRI

- Saiful Affendy Sapran saifulaffe­ndy@hmetro.com.my

Tiada tempoh rehat untuk dua pemain import baru Selangor, Evan Dimas dan Ilham Udin Armaiyn yang tiba semalam apabila mereka digesa menjalani latihan bersama rakan sepasukan secepat mungkin bagi menghadapi saingan Liga

Malaysia (Liga

(gambar)

M), bulan depan.

Presiden Persatuan Bolasepak Selangor (FAS), Datuk Seri Subahan Kamal berkata, dengan masa yang semakin suntuk untuk melakukan persiapan, beliau berharap kedua-dua pemain itu dapat menyesuaik­an diri bersama pasukan dengan segera.

“Sekarang memang kami sudah tidak ada masa. Pemain ini perlu sesuaikan diri dengan cepat bagi memahami corak permainan yang dimahukan jurulatih.

“Secara peribadi, saya memang lega apabila isu membabitka­n kedua-dua pemain itu sudah selesai dan berharap hubungan kerjasama antara Selangor serta PSSI akan berterusan selepas ini.

“Sekarang kami boleh fokus sepenuhnya kepada persiapan pasukan,” katanya semalam.

 Tiada istilah rehat buat Evan dan Ilham yang baru tiba semalam

Subahan sebelum ini berkunjung ke Jakarta bagi menemui Ketua Umum PSSI, Edy Rahmayadi dalam usaha mencari jalan penyelesai­an membabitka­n perpindaha­n kedua-dua pemain itu ke Selangor.

Pertemuan itu berjaya mencapai keputusan positif dengan Evan dan Ilham dibenarkan menyertai Selangor.

Menerusi pertemuan itu juga, Selangor bersetuju mematuhi sebarang arahan berhubung penyesuaia­n jadual dan tempoh pelepasan bagi kem latihan pusat skuad kebangsaan Indonesia terutama skuad Bawah 23 (B-23) mereka.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia