Harian Metro

Kembali aktif menyanyi tahun ini

- Syafil Syazwan Jefri syafil.syazwan@ hmetro.com.my

Sebagai penyanyi, kehadiran lagu baru tentunya sesuatu yang sentiasa dinantikan. Bukan saja empunya diri, peminat juga begitu.

Bagi penyanyi dan pelakon Amira Othman, timbul kerisauan dalam hatinya apabila wujud jurang waktu yang agak lama untuknya sajikan peminat dengan lagu baru.

“Saya risau apabila terlalu lama menyepi tanpa lagu baru. Bukan apa, saya takut dilupakan,” katanya.

Kali terakhir penyanyi berusia 25 tahun ini hadir dengan lagu adalah pada 2016 menerusi lagu Jaga Jaga.

“Jadi, lebih setahun adalah tempoh yang lama bagi saya. Sepatutnya, saya lancarkan lagu baru berjudul Mimpi Indah pada November lalu.

“Namun, disebabkan beberapa perkara, saya tundakan ke Januari. Insya-Allah, dalam waktu terdekat, lagu ini akan mula dilancarka­n,” katanya.

Menurut Amira, lagu ciptaan Hael Husaini dan diterbitka­n oleh Edry Abdul Halim itu sudah siap dengan video muzik.

“Video muzik Mimpi Indah sudah dirakam dan kini dalam proses suntingan. Saya akan promosikan lagu ini terlebih dahulu sebelum lancarkan video muzik ke YouTube,” katanya.

2018 bakal menyaksika­n Amira kembali bergiat aktif dalam bidang muzik berbanding lakonan.

“Kalau ada tawaran berlakon, saya tak tolak cuma akan memperlaha­nkan cabang seni itu bagi memberi laluan kepada karier nyanyian,” katanya.

Dia sendiri tidak menafikan, ada peminat lebih mengenalin­ya sebagai pelakon berbanding penyanyi.

“Mungkin menerusi drama bersiri Abang Bomba I Love You, nama saya lebih dikenali dalam industri. Jadi, peminat ingat saya hanya berlakon dan tak tahu saya sebenarnya bermula sebagai penyanyi,” katanya.

Selain itu, pelakon drama bersiri Red Velvet itu juga berjinak-jinak dengan dunia perniagaan.

“Banyak yang perlu saya kaji sebelum serius berniaga.

“Antara artis yang saya jadikan panduan adalah Neelofa. Bukan saja berjaya dalam seni, dia turut mencipta nama sebagai ahli perniagaan terkenal,” katanya.

 ??  ?? Video muzik Mimpi Indah sudah dirakam dan kini dalam proses suntingan. Saya akan promosikan lagu ini terlebih dahulu sebelum lancarkan video muzik ke YouTube
Video muzik Mimpi Indah sudah dirakam dan kini dalam proses suntingan. Saya akan promosikan lagu ini terlebih dahulu sebelum lancarkan video muzik ke YouTube

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia