Harian Metro

Mouni harap boleh ‘patah balik’

- Susunan Nor Akmar Samudin akmar@hmetro.com.my

Menyesal tolak jayakan

drama Naagin 3 kerana sibuk

berlakon filem Gold

Menjadi ‘gadis ular’ dalam drama Naagin meledakkan nama pelakon jelita, Mouni Roy, 32, dalam kalangan peminat filem Bollywood.

Penampilan­nya turut berjaya meraih perhatian peminat di negara ini apabila drama itu turut ditayangka­n di saluran Astro Taara HD 108 dan

TV3.

Naagin adalah drama bersiri yang sangat berjaya di India. Diterbitka­n Ekta Kapoor, selain Mouni, Naagin turut membariska­n pelakon popular seperti Arjun Bijlani sebagai Ritik, Adaa Khan (Shesha) dan Sudha Chandran (Yamani).

Naagin berjaya mendapat rating paling tinggi sejak tayangan perdana dan kekal sebagai program paling tinggi tontonanny­a pada setiap episod di Colors TV pada 1 November 2015.

Drama ini juga melakar kejayaan besar di beberapa majlis anugerah pada 2016 di India seperti Golden Petal Awards (Persembaha­n TV Terbaik), Indian Television Academy Awards ke16 (Drama Siri Popular dan Pelakon Wanita

Terbaik (Mouni Roy) dan Boroplus Gold Awards ke-9 (Anugerah Drama Thriller Terbaik, Pelakon Wanita Terbaik - Mouni Roy, Pelakon Lelaki Terbaik - Arjun Biljani & Pelakon Wanita Jahat Terbaik - Aada Khan).

Menelusuri asal usul Mouni, dia berasal dari Cooch Behar, Bengal Barat, India.

Selain berlakon, dia juga adalah model dan pelakon filem Tamil. Atas keinginan orang tuanya yang mahu dia jadi insan terpelajar, Mouni menyambung pengajian dalam bidang komunikasi di universiti awam Delhi iaitu Jamia Milia Islamia.

Namun, disebabkan terlalu meminati dunia lakonan, dia hanya belajar separuh jalan. Selepas tamat peperiksaa­n semester pertama dia ke Mumbai untuk mencuba nasibnya sebagai pelakon dan sejak itu tidak pulang lagi ke Delhi.

Kemunculan pertama Mouni dalam bidang lakonan adalah dalam drama TV berjudul Kyunki Saas Bhi Kabhi Bahu Thi, diikuti drama bersiri Devon Ke Dev...Mahadev dan yang paling mencetuska­n fenomena sudah pastinya Naagin.

Dia yang juga seorang penari Khatak dan balad pernah menyertai pertanding­an realiti tarian, Jhalak Dikhhla Jaa dan mengacarak­an program So You Think You Can Dance.

Bercerita mengenai Naagin, Mouni sepatutnya berlakon dalam Naagin 3 tetapi kerana kesibukan berlakon filem Bollywood pertamanya, Gold, dia terpaksa menolak tawaran itu.

Tentu saja tawaran daripada pengarah Reema Kagti itu tidak mampu ditolaknya apatah lagi dia dapat beraksi di samping Akshay Kumar.

Penggambar­an filem itu dilakukan di United Kingdom dan diadaptasi daripada kisah pasukan hoki India yang memenangi pingat emas dalam Sukan Olimpik di London pada 1948.

Bagaimanap­un, Mouni dikatakan tidak begitu gembira dengan filem yang bakal ditayangka­n pada 15 Ogos tahun ini kerana wataknya kecil saja.

Menurut Mouni, dia agak kecewa dengan penampilan­nya dalam filem itu dan berharap masih sempat untuk ‘patah balik’ berlakon dalam Naagin 3.

“Watak saya dalam Gold tidak sebesar mana dan hanya ditonjolka­n sebagai wanita yang diminati Akshay. Lebih baik saya berlakon dalam Naagin 3 dan saya harap tidak terlambat untuk berbuat demikian,” katanya.

Beralih kepada sisi peribadi, disebabkan jadual kerjanya yang padat, ada saja masa lapang dia akan tidur.

“Berlakon dalam Naagin sangat meletihkan. Saya meletakkan seluruh jiwa raga untuk drama itu. Watak sebagai ular jadian sangat mencabar, saya perlu menyelam, ditanam hiduphidup, digantung dan penggambar­an di bawah terik mentari dengan hanya memakai baju daripada kain lycra, sangat sukar.

“Sebab itu sampai saja rumah, saya habiskan masa dengan tidur untuk mengembali­kan kecergasan,” katanya.

Mouni juga begitu menyayangi bapanya,

Anil Roy namun idolanya itu sudah pergi meninggalk­annya buat selama-lamanya lima tahun lalu.

Ketika itu dia sedang sibuk dengan penggambar­an drama Devon Ke Dev...Mahadev.

 ??  ?? Watak saya dalam Gold tidak sebesar mana dan hanya ditonjolka­n sebagai wanita yang diminati Akshay
Watak saya dalam Gold tidak sebesar mana dan hanya ditonjolka­n sebagai wanita yang diminati Akshay

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia