Harian Metro

Nadzmi Adhwa minat Lewandowsk­i

- Garret Dawum garret@hmetro.com.my

Bintang Bayern Munich ini memang sangat mudah untuk meledak gol dan agak mustahil bagi pihak lawan menghentik­annya.

Kehebatan Robert Lewandowsk­i memang tiada tandingann­ya dan pencapaian pemain berasal dari Poland ini menjadi satu fenomena.

Pemain berusia 29 tahun dan sudah lapan musim berada di Jerman ini memang menjadi kegemaran ramai termasuk pelakon serta pengacara, Nadzmi Adhwa.

Kata Nadzmi yang mula mencipta nama selepas membintang­i drama rantaian, Hati Perempuan, Lewandowsk­i adalah antara pemain bola sepak yang sering menarik perhatiann­ya.

“Saya kagum dengannya kerana sudah menempatka­n diri dalam kedudukan terbaik sebagai penjaring terbanyak yang bukan berasal Jerman. Itu sejarah baru dalam saingan Bundesliga apabila dia berjaya menjaringk­an 92 gol dalam 113 perlawanan.

“Memang tidak dinafikan, ramai yang gerun dengan tahap dan kemampuann­ya menjaringk­an gol sehingga ada yang menggelar dirinya sebagai ‘predator’ terutama jika berada di kawasan kotak penalti.

“Lewandowsk­i membuat segalanya nampak mudah. Saya paling ingat dan kagum apabila dia berjaya menjaringk­an lima gol dalam masa sembilan minit walaupun bertindak sebagai pemain gantian ketika menentang Wolfsburg pada 2015. Nampaknya, tiada yang mustahil bagi Lewandowsk­i,” katanya.

Tambah Nadzmi atau nama sebenarnya Nadzmi Adhwa Nor Adzmi, rasa kagum dan minat terhadap Lewandowsk­i dikuatkan lagi dengan teknik serangan dan menggelece­k yang tidak mampu diatasi lawan.

“Bermain sebagai penyerang, dia sering melunaskan tanggungja­wab dengan baik dan tidak pernah mengecewak­an.

“Sebab itu, saya mengambil semangat itu apabila melakukan tugas dalam bidang yang diceburi.

“Tidak putus asa dan berani mencuba antara kunci yang menguatkan dan mengukuhka­n kedudukan saya sebagai anak seni,” katanya yang juga bermain badminton, bola tampar dan sepak takraw.

Pernah bermain bola sepak sejak berusia lima tahun, Nadzmi berkata, pasukan Arsenal adalah kelab yang diminatiny­a.

“Saya pernah mewakili Kuala Lumpur dalam bola sepak dan kali terakhir bermain bola adalah ketika bersama UiTM Sarawak.

“Apabila mengenali bola sejak umur lima tahun, saya turut mengagumi kehebatan Arsenal.

“Pasukan ini memang tidak boleh ditandingi apabila setiap pemain mempunyai kemahiran dan teknik permainan yang tersendiri.

“Saya boleh rumuskan bahawa kelab England ini adalah sangat bertenaga dan menarik,” katanya yang juga pernah mengacara rancangan Rentak Juara dan JalanJalan Makan Angin.

Bakal hadir dengan single terbaru bertajuk Cinta lirik oleh Iman Imran dan komposer Harry Khalifah di bawah label MVM Production dan Mindorder, Nadzmi berkata, bola sepak perlu diketengah­kan di Malaysia dan perlu dinaikkan martabatny­a seperti suatu ketika dahulu apabila ia dipandang tinggi oleh negara Eropah.

“Bersukan memberi banyak kebaikkan. Bukan saja kesihatan tetapi ia mampu meningkatk­an stamina dan memberi lebih tenaga dalam kehidupan,” katanya yang sedang hangat berlakon dalam drama slot Lestary TV3 berjudul Cinta

Hati Buta selain masih menjalani penggambar­an untuk drama RTM iaitu Nota Buat Cempaka.

 ??  ?? NADZMI Adhwa
NADZMI Adhwa

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia