Harian Metro

Fruchtl pengganti Neuer?

- Susunan Ferzalfie Fauzi ferzalfie@hmetro.com.my

Penjaga gol remaja

Bayern Munich, Christian Fruchtl dikatakan mampu untuk menjadi pengganti kepada Manuel Neuer dan ia diakui sendiri oleh bekas pengarah sukan kelab berkenaan yang juga legenda bola sepak Jerman, Matthias Sammer.

Menurut Sammer, Fruchtl mempunyai keupayaan yang sangat menakjubka­n walaupun baru berusia 17 tahun, malah sudah menunjukka­n kemampuan dua atau tiga tahun sebelum itu dan semuanya terjadi disebabkan Jerman mempunyai Neuer.

“Apabila memiliki seorang penjaga gol terbaik di dunia dalam pasukan anda, ia akan memberi kesan kepada pemain lain untuk menjadikan sebagai idola,” kata bekas pemain tengah dan pertahanan antarabang­sa Jerman itu.

Paling menarik

Fruchtl yang berasal dari Bischofsma­is dilihat mempunyai keupayaan, bentuk tubuh dan kemampuan sama seperti Neuer

Memiliki ketinggian enam kaki lebih, pada usia yang masih muda, membuktika­n bahawa dia mampu untuk menjadi seorang penjaga gol yang hebat.

Bagaimanap­un, keputusan untuk turut membawa Fruchtl pada 2016 bersama skuad utama Bayern dilihat mampu menjadi langkah terbaik buat Bayern agar bakat pemain berkenaan tidak lenyap begitu saja walaupun ketika itu pemain berkenaan baru berusia 15 tahun.

Sejak beberapa tahun kebelakang­an ini pemain muda dari akademi memang sukar untuk menembusi skuad utama termasuk apa yang terjadi kepada Mitchell Weiser, Sinan Kurt, Pierre-Emile Hojbjerg dan Gianluca Gaudino.

Sammer juga tidak mahu apa yang berlaku terhadap Michael Rensing dan Thomas Kraft berlaku terhadap bakat muda mereka itu, selepas dibayangi legenda Jerman, Oliver Kahn.

Fruchtl sekarang ini masih lagi belum mempunyai karisma seperti Kahn, tidak meraih pelbagai kejayaan seperti Neuer, begitu juga dari segi pengalaman.

Bagaimanap­un, kelab berkenaan percaya bahawa penjaga gol muda itu, mampu untuk menggalas tugas berat seandainya mereka tidak lagi mengharapk­an kemampuan Neuer.

“Dia sudah dikenali dalam kalangan sistem pencarian bakat sejak usia muda. Mungkin disebabkan saiz badannya yang luar biasa dan dia juga sangat hebat sebagai pemain di posisi lain selain penjaga gol,” jelas Koordinato­r Bavarian DFB, Peter Wimmer.

“Kedudukan dan pergerakka­nnya memang hebat, selain mempunyai saiz sebagai penjaga gol. Ia memang sukar untuk belajar (menjadi seperti saya) tapi bakatnya memang sudah tersedia ada,” kata Neuer.

 ??  ?? PROFIL
NAMA PENUH: Christian Fruchtl
TARIKH LAHIR: 28 Januari 2000
TEMPAT LAHIR: Bischofsma­is , Jerman TINGGI: 193sm
POSISI: Penjaga gol KELAB SEMASA: Bayern Munich
NOMBOR JERSI: 36 PASUKAN KEBANGSAAN: Jerman B-17 (6 caps)
PROFIL NAMA PENUH: Christian Fruchtl TARIKH LAHIR: 28 Januari 2000 TEMPAT LAHIR: Bischofsma­is , Jerman TINGGI: 193sm POSISI: Penjaga gol KELAB SEMASA: Bayern Munich NOMBOR JERSI: 36 PASUKAN KEBANGSAAN: Jerman B-17 (6 caps)
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia