Harian Metro

Edurne cinta hati De Gea

- Ferzalfie Fauzi ferzalfie@hmetro.com.my

Perayaan Hari Natal bulan lalu ternyata sangat bermakna buat teman wanita penjaga gol Manchester United, David De Gea iaitu seorang penyanyi, pelakon dan model terkenal dari Sepanyol, Edurne Almagro apabila diberikan sambutan hari jadi istimewa.

Secara kebetulan hari jadi Edurne jatuh pada 22 Disember iaitu tiga hari sebelum Hari Natal dan De Gea masih lagi sempat untuk meraikanny­a walaupun pada dua hari selepas itu dia mempunyai perlawanan penting menentang Leicester City di tempat lawan.

Bagi sesetengah individu, perayaan Krismas adalah hari terbaik untuk meluangkan masa bersama keluarga, ataupun berjumpa dengan seseorang yang sudah lama tidak bersua.

Bagaimanap­un, bagi pemain bola sepak ini adalah masa yang sesuai untuk melepaskan rindu dan meraikan pasangan mereka, secara kebetulan hari jadi Edurne jatuh pada bulan perayaan.

Sebelum sibuk dengan jadual perlawanan yang ketat pada musim perayaan, De Gea bijak untuk mengambil masa yang sesuai untuk menunjukka­n tanda kasihnya terhadap Edurne.

De Gea yang sudah tujuh tahun bersama United, sempat memuat naik gambar dia bersama Edurne di akaun Instagram miliknya, ketika sambutan hari jadi itu.

Kedua-dua mereka dilihat intim dalam sebuah restoran dengan tangan De Gea merangkul Edurne sambil matanya memandang tepat ke arah gadis yang sangat dicintainy­a itu.

Paling menarik ialah kapsyen pada gambar berkenaan yang sangat romantik dalam bahasa Sepanyol, membuktika­n percintaan mendalam antara kedua-dua pasangan.

“Istimewa dan sangat unik. Sekalung ucapan tahniah cinta hatiku. Saya sangat mencintaim­u,” kata De Gea yang berusia 27 tahun.

Sambutan hari jadi itu diadakan sebelum De Gea berdepan jadual sibuk untuk membantu United mengejar pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester City.

Selepas menentang Leicester, De Gea beraksi dalam perlawanan ‘Boxing Day’ berdepan Burnley dan penghujung 2017 pula bertemu Southampto­n, diikuti perlawanan pada hari tahun baru di Everton.

Bagi yang belum mengenali Edurne, penyanyi kelahiran Madrid itu terkenal dengan lagu berentak pop, rock, elektropop dan dance.

Dia juga terbabit dalam beberapa filem pendek seperti Cruce, Muchas vidas: El viaje del vidrio dan Est· en tu mano: Cruz Roja y Vichy.

Edurne pernah membabitka­n diri dalam drama ketika zaman kanak-kanak seperti Hospital Central dan Ana y los 7, serta dijemput menjadi juri dalam rancangan realiti tv seperti Got Talent Espana.

 ??  ?? PROFIL
Nama: Edurne Garcia Almagro
Tarikh lahir: 22 Disember 1985
Tempat lahir: Madrid, Sepanyol
Tempat tinggal: Madrid, Sepanyol
Karier: Penyanyi, pelakon, pengacara tv dan model Bilangan anak: Tiada
PROFIL Nama: Edurne Garcia Almagro Tarikh lahir: 22 Disember 1985 Tempat lahir: Madrid, Sepanyol Tempat tinggal: Madrid, Sepanyol Karier: Penyanyi, pelakon, pengacara tv dan model Bilangan anak: Tiada
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia