Harian Metro

Terus menyanyi selagi sihat

- Ramlah Zainal ramlah@hmetro.com.my

Zur Eda banyak penuhi undangan persembaha­n daripada pihak korporat,

kerajaan

Pada zaman kegemilang­annya dulu pada era 1980-an, Zur Eda pernah mendapat gelaran ‘Sade Malaysia’ kerana wajahnya dikatakan seiras penyanyi R & B dan soul dari England, Sade.

Sepanjang tiga dekad berkecimpu­ng dalam bidang nyanyian, pemilik nama sebenar Zuraidah Mokhtar ini cukup dikenali dengan rangkaian lagu hitnya seperti Kelmarin, Pelitaku dan Lama Tak Jumpa yang popular hingga hari ini.

Malah, pada usia 52 tahun, penyanyi yang seangkatan dengan Rohana Jalil, Norsheila Amin, Ibnor Riza dan Salwa Abd Rahman ini masih aktif memenuhi undangan persembaha­n.

“Jika dulu saya menyanyi di kelab, kini tidak lagi. Saya juga banyak memenuhi undangan persembaha­n daripada pihak korporat mahupun kerajaan.

“Saya masih terbabit dalam bidang nyanyian cuma kurang publisiti saja. Oleh itu, kemunculan dalam Gegar Vaganza musim ketiga (GV3) lalu turut memberitah­u peminat saya masih terbabit dalam bidang nyanyian,” katanya.

Selepas GV3, Zur Eda percaya ia masa yang tepat untuk muncul dengan single terbarunya berjudul Kau Permataku yang dilancarka­n pada penghujung September tahun lalu bagi mengubat kerinduan peminat.

Kali terakhir Zur Eda menghasilk­an single ialah Kau Pelitaku yang diberi nafas baru pada 2006.

“Alhamdulil­lah, saya dilimpahka­n rezeki dengan kelahiran cucu pertama, Siti Aishah tahun lalu dan single baru ini hadiah untuk cucu dan peminat.

“Saya akan terus menyanyi selagi dianugerah­kan kesihatan yang baik. Saya juga bersyukur kerana suami, Zulkifli Mohd Yusoff yang memahami dan merestui pembabitan dalam karier seni sejak dulu.

“Rumah tangga kami juga bahagia sejak 30 tahun dulu,” katanya yang turut memiliki dua anak.

TIDAK TAKUT TUA

Selepas pulih sepenuhnya daripada masalah jangkitan kuman pada buah pinggang pada Julai 2016, Zur

 ??  ??
 ??  ?? Kemunculan dalam Gegar Vaganza musim ketiga (GV3) lalu turut memberitah­u peminat saya masih terbabit dalam bidang nyanyian
Kemunculan dalam Gegar Vaganza musim ketiga (GV3) lalu turut memberitah­u peminat saya masih terbabit dalam bidang nyanyian

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia