Harian Metro

Agenda Ramli ubat rindu peminat

- Ridzuan Abdul Rahman mohamadrid­zuan@ hmetro.com.my

Barangkali individu yang sebayanya memilih untuk menghabisk­an banyak masa dengan berehat di rumah bersama keluarga.

Bagaimanap­un, ia tidak berlaku kepada seniman berjiwa besar, Datuk Ramli Sarip yang seakan-akan tidak kenal erti penat.

Pada usia 67 tahun, penyanyi bergelar Papa Rock ini masih lincah beraksi di atas pentas.

Saban tahun, dia tidak pernah berehat dan tahun lalu, Ramli menjayakan beberapa projek besar antaranya Konsert Gala Pelarian di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur yang mencatat kejayaan.

Untuk tahun ini, Ramli sudah merencanak­an beberapa agenda antaranya menghasilk­an lagu baru untuk albumnya bagi mengubati kerinduan peminat.

“Perancanga­n untuk album ini memang sudah lama. Buat masa ini saya sedang menyiapkan seberapa banyak lagu dan kemudian barulah fikirkan berkenaan strategi pemasaran dan tarikh pasarannya.

“Ini album penuh dan bukannya album mini. Selagi boleh, saya akan cuba merakamkan seberapa banyak lagu menarik buat peminat,” katanya.

Tidak terkecuali, penyanyi yang mencipta nama bersama kumpulan Sweet Charity ini juga merancang mengadakan konsert bersama pasangan duetnya Datuk Khadijah Ibrahim.

“Syarikat saya Rasa Music akan bergabung dengan syarikat produksi milik Khaty untuk konsert yang dinamakan 30 tahun Anniversar­y Doa Buat Kekasih.

“Kami ada sekitar dua atau tiga album duet dan rasanya sudah sampai masanya untuk bergabung dalam satu konsert. Ia boleh menjadi sesuatu yang manis, nostalgia dan kenangan buat peminat,” katanya.

Menurutnya, cadangan awalnya konsert ini akan berlangsun­g di Kuala Lumpur, Singapura serta Sabah dan Sarawak.

“Buat masa ini hanya empat lokasi yang difikirkan. Namun, sekiranya ada peminat berminat anjurkan malam gala, kami terbuka untuk menimbangk­annya.

“Segala proses sudah berjalan. Saya akan memastikan memilih lagu terbaik untuk disampaika­n kepada peminat,” katanya.

Pernah berdepan ujian penaja menarik diri pada Konsert Gala Pelarian, Ramli bersikap terbuka sekiranya ada penaja yang berminat menaja konsert ini.

“Sebenarnya saya tak terlalu mengharapk­an sangat. Jika ada penaja yang nak ke depan, saya akan pertimbang­kan.

“Tapi untuk masa ini, saya tak boleh tunggu. Saya akan bergerak sendiri dan tak boleh terlalu berharap pada tajaan. Jika ada bahan mencukupi dan momen yang baik, saya rasa penaja akan masuk,” katanya.

Ramli meletakkan harapan akan ada penaja tetapi tidak terlalu berharap kerana tidak mahu kecewa sendiri nanti.

“Jangan bila tiada penaja, tak boleh buat dan tak boleh hidup. Kami boleh buat cara skala kecil dan sederhana.

“Konsert Doa Buat Kekasih ada momen yang baik dan tak mustahil jika ada penaja atau stesen TV berminat untuk terbabit sama,” katanya.

Menurutnya, ini adalah sebahagian kehidupan dan untuk mendapatka­n sesuatu perlu ada perjuangan sendiri.

“Insya-Allah saya juga merancang untuk buat Konsert Pelarian 2 selepas ini. Perkara ini berpanjang­an dan selepas konsert itu, barulah nampak kebangkita­n beberapa Badan Bukan Kerajaan (NGO) untuk sama-sama membantu.

“Dalam hidup kita semua ada peranan.

Apa yang dibuat ialah misi kemanusiaa­n dan bukannya kerana agama semata-mata. Memanglah sebagai Muslim kita bersaudara tapi dalam seni tiada sempadan,” katanya yang merancang mengadakan­nya di Sabah dan Sarawak pula selepas ini.

Hasil lagu

untuk album baru, rancang konsert bersama pasangan duet Datuk Khadijah

Ibrahim

 ??  ?? Kami ada sekitar dua atau tiga album duet dan rasanya sudah sampai masanya untuk bergabung dalam satu konsert. Ia boleh menjadi sesuatu yang manis, nostalgia dan kenangan buat peminat
Kami ada sekitar dua atau tiga album duet dan rasanya sudah sampai masanya untuk bergabung dalam satu konsert. Ia boleh menjadi sesuatu yang manis, nostalgia dan kenangan buat peminat

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia