Harian Metro

Bo-Peng ceria mood tahun baru

-

Menggunaka­n trademark ‘Kita punya Bloodbroth­ers takde sape boleh lawan bro!’ RTM meraikan penonton setia salurannya dalam mood tahun baru ini dengan menyiarkan filem berjudul Bo-Peng jam 10.30 malam di TV2.

Filem arahan Helmi Yusof ini mengadunka­n elemen ‘suspense thriller’ dengan jenaka yang pastinya membuatkan anda sekeluarga terhibur dengan dua watak utama lakonan Johan Asa’ri dan Nabil Ahmad ini.

Sesuai ditonton semua lapisan umur dan masyarakat, mesej yang cuba disampaika­n oleh Helmi yang pernah mengarah filem Bikers Kental ini amat mudah difahami.

Kisahnya berkembang dengan watak utama iaitu Bo dan Peng iaitu dua sahabat baik yang tinggal bersama dan bekerja di sebuah restoran makanan segera yang sama iaitu Opiel Secret Pizza.

Peng (Johan Asa’ri) yang terkenal dengan sikap peramah dan mesra setiap kali menjawab panggilan daripada pelanggan untuk membuat pesanan piza, manakala Bo (Nabil Ahmad) terkenal dengan kepantasan dan kecekapann­ya menghantar pesanan piza kepada pelanggan.

Suatu hari, Peng dihubungi pelanggan tetap Opiel Secret Pizza; Mira Idora Senrose (Zulin Aziz). Ketika Mira sedang berjalan kaki seorang diri di kawasan letak kenderaan, Mira diekori seorang lelaki yang tidak dikenali dan dia meminta bantuan Peng untuk menyelamat­kannya.

Peng mencari idea dan memberikan arahan kepada Mira untuk menyelamat­kan diri namun panggilan akhirnya terputus dan Peng gagal menghubung­i Mira semula.

Di atas rasa perikemanu­siaan, Peng meminta Bo menemaniny­a membuat laporan polis mengenai misteri kehilangan Mira . Pihak polis tidak dapat berbuat apa-apa kerana kekurangan maklumat mengenai kes kehilangan Mira.

Filem ini turut dibintangi Soffi Jikan, Fauzi Nawawi, Along Ezandy, Wanna Ali, Kila Fairy dan Juzzthin termasuk Ellie Suriaty dan Radhi Khalid yang bersahaja dalam lakonan mereka.

 ??  ??
 ??  ?? ANTARA babak dalam Bo-Peng.
ANTARA babak dalam Bo-Peng.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia