Harian Metro

Bijak mencipta kombinasi

- Aniza Zainudin anizazainu­din@hmetro.com.my

Pemilihan rona utama biru langit dan putih berlandask­an faktor ketenangan

Rona biru lembut yang membangkit­kan suasana harmoni dan menenangka­n menjadi inspirasi kepada Intan Suria Sabtu dalam penentuan pilihan warna cat bertepatan buat kediamanny­a.

Pertemuan yang diatur pada jam 2 petang dengan sinaran terik mentari dan silau pandangan hilang sekelip mata sebaik melangkah masuk ke dalam kediaman dihuni lima beranak ini.

Kagum dengan permainan warna ruang dalamannya, wanita berusia 42 tahun ini bijak mencipta kombinasi rona biru lembut (biru langit atau biru tiffany) dan putih seterusnya menjadi identiti kediaman dua tingkat ini.

Memiliki minat mendalam terhadap seni penataan ruang, Intan

Suria mengakui pemilihan warna utama biru langit dan putih berlandask­an faktor ketenangan.

“Sebenarnya saya bukanlah peminat tegar biru, sebaliknya lebih menyukai rona neutral seperti coklat dan kelabu.

“Bagi saya, pemilihan warna cat rumah bukanlah bergantung kepada minat peribadi individu saja, impaknya secara tidak langsung dirasai penghuni.

“Oleh itu, saya dan suami (Mohd Fadly

Daud) memilih biru dan menyedari terdapat pelbagai skema warna itu, jadi kami perlu berhati-hati supaya identitiny­a benar-benar sesuai dengan kehendak kami.

“Biru tiffany atau biru langit adalah warna yang sangat menarik apabila digandingk­an bersama rona putih. Ia memberikan tenaga, sejuk mata memandang, perasaan tenang dan harmoni.

“Atas faktor ini juga, kami memilih identiti ini. Selepas seharian penat bekerja dan meredah kesesakan lalu lintas, pastinya kita mengingink­an pemandanga­n yang sejuk serta tenang sebaik tiba di rumah,” katanya.

Menerokai segenap ruang dalaman kediaman di Puncak Alam, Kuala Selangor ini, Intan Suria

 ??  ?? KERUSI ottoman dijadikan pembahagi.
KERUSI ottoman dijadikan pembahagi.
 ??  ?? RUANG tamu yang santai.
RUANG tamu yang santai.
 ??  ?? PENAMBAHAN warna terang menjadi tarikan.
PENAMBAHAN warna terang menjadi tarikan.
 ??  ?? KEKWA yang menyegarka­n mata.
KEKWA yang menyegarka­n mata.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia