Harian Metro

SUASANA SURAM BERTUKAR CERIA

- Aniza Zainudin anizazainu­din@hmetro.com.my

Menatarias kediaman peribadi dan pilihan konsep menepati cita rasa bukanlah perkara mudah untuk dizahirkan. Ia memerlukan penyelidik­an, rujukan dan kefahaman yang tinggi diiringi kesabaran serta ketabahan demi mencipta ruang dalaman impian.

Mendirikan rumah tangga sejak empat tahun lalu, pasangan Nursyazlie Abd Rahman, 30, dan Nurwahida Abd Razak,

29, menetap di kediaman teres di Senawang, Negeri Sembilan, tidak pernah terfikir minat mereka menjurus ke arah seni reka bentuk dalaman.

Menurut Nurwahida, sebelum ini mereka tidak pernah fokus terhadap dekorasi rumah dan tiada sebarang konsep mahupun tema yang diingini.

Pemilihan warna cat ruang dalaman yang gelap sebelum ini membuatkan kediaman mereka tampak suram dan tidak berseri.

“Sebelum membuat keputusan ‘menghidupk­an’ semula kediaman, terlebih dulu kami membuat sedikit kajian berkenaan konsep yang menarik dan sesuai dengan cita rasa pasangan muda seperti kami.

“Enggan sarat dengan pelbagai jenis perabot dan warna cat yang suram, kami tertarik dengan konsep Scandinavi­an berasal dari lima negara Nordik seperti Norway, Denmark, Finland, Iceland dan Sweden.

Pasangan Nursyazlie

dan Nurwahida

pilih rona utama lebih semula jadi,

lembut

“Konsep ala Scandinavi­an ini sangat minimal dan santai malah pemilihan warna utama lebih semula jadi serta lembut. Sementara susun atur dekorasiny­a juga tidak terlalu ‘rigid’ (tegar).

“Bagi fasa awal, kami perlu menggantik­an semua perabot dan peralatan lama. Kebanyakan perabot ini dijual menerusi dalam talian dan hasilnya kami gunakan untuk membeli perabot yang mempunyai elemen kayu,” katanya.

Menjadikan warna kegemaran, merah jambu lembut sebagai warna tema utama kediamanny­a, Nurwahida turut menggabung­kan rona lain seperti putih, coklat terang dan kelabu sebagai penyeri.

Di ruang tamu, terdapat sofa mini berona merah jambu pastel dihadirkan bersama dua kusyen berbeza bentuk mahupun warna.

“Kewujudan sofa dua tempat duduk rekaan kontempora­ri ini bagi

 ??  ?? KONSEP yang lebih segar.
KONSEP yang lebih segar.
 ??  ?? TROLI dan bangku berasaskan kayu membuatkan sudut lebih menarik.
TROLI dan bangku berasaskan kayu membuatkan sudut lebih menarik.
 ??  ?? RUANG tamu berelemenk­an romantis.
RUANG tamu berelemenk­an romantis.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia