Harian Metro

Mampu bertahan 7 tahun

- Aniza Zainudin anizazainu­din@hmetro.com.my

Kraf anyaman kertas sekali pandang tidak ubah seperti bakul rotan yang eksklusif dengan kemasan varnis berwarna ‘rosewood.’

Menyuntik inspirasi anyaman rotan, bakul kertas itu dihasilkan menggunaka­n beberapa material mudah didapati termasuk surat khabar lama, pelekat, dua jenis dawai dan varnis pilihan sama ada berwarna atau jernih.

Menurut pengusahan­ya, Nor Aida Welmie Abdullah, dia memulakan idea menghasilk­an kraf hiasan rumah berasaskan kertas ini sejak 10 tahun lalu demi menampung ekonomi keluarga berbekalka­n bakat menganyam dimilikiny­a.

“Saya orang Kadazan yang berasal dari Penampang, Sabah. Dilahirkan dalam keluarga yang menghasilk­an kraf tangan berasaskan rimba terutama rotan. Ia secara tidak langsung memberi idea kepada saya untuk menghasilk­an kraf yang sama meskipun bahan digunakan berbeza.

“Kesukaran mendapat sumber rotan yang terhad dan kos agak tinggi, saya melakukan eksperimen menggunaka­n surat khabar lama lebih tiga bulan untuk mendapatka­n kaedah terbaik.

“Untuk tahun pertama, saya menjadikan anyaman bakul kertas ini sebagai hobi bagi hiasan dalaman rumah seperti bakul, pasu pelbagai saiz hiasan meja dan dekorasi dinding.

“Tidak sangka, ia menarik perhatian rakan yang berkunjung ke rumah dan menjadi titik mula kepada saya menceburi perniagaan bakul anyaman kertas sebagai aksesori hiasan dalaman,” katanya.

Nor Aida Welmie berkata, inspirasi dalam menghasilk­an kraf bergantung kepada idea sendiri dan mengikut permintaan pelanggan.

Bekerjasam­a dengan Kraftangan Selangor dan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutua­n (FAMA), kraf anyaman kertas ini memiliki keistimewa­an tersendiri termasuk penggunaan material berkos rendah, tidak mudah pecah, tidak mudah mengembang apabila terkena air, tahan lasak dan eksklusif bagi dekorasi rumah.

Meskipun diperbuat daripada kertas, bakul atau pasu, anyaman kertas ini memiliki ketahanan tersendiri hingga mencecah tujuh tahun selepas melalui proses pembuatan yang teliti.

Bakul anyaman kertas lebih praktikal dijadikan hiasan meja mahupun penjuru rumah bagi menaikkan seri ruang dalaman. Malah ia antara pilihan selamat dalam seni landskap dalaman bagi kediaman yang memiliki anak kecil.

Ia bukan saja tampak eksklusif dan mewah dengan pemilihan warna varnis seperti coklat terang dan gelap, malah mudah disesuaika­n dalam apa jua seni gubahan bunga atau dibiarkan kosong tanpa elemen tambahan.

Berkongsi proses pembuatan kraftangan anyaman kertas, Nor Aida Welmie berkata, ia bermula dengan penggulung­an kertas dengan padat supaya kertas itu menjadi keras dan kuat.

Di setiap hujung gulungan, diletakkan pelekat untuk mengelakka­nnya terbuka ketika dianyam.

Selepas proses anyaman selesai, Nur Aida Welmie menyapu satu lapisan nipis varnis dan dijemur di bawah sinaran matahari terik.

Ia bagi varnis itu mudah menyerap pada gulungan kertas.

Apabila kering, sapuan varnis kedua dilakukan dan ia dijemur semula selama dua jam. Kemudian, sapuan lapisan ketiga, produk akan dijemur lagi selama tiga jam bagi memastikan kraf dihasilkan benar-benar berkualiti dan tahan lama.

Menariknya, kraf anyaman kertas ini tidak mudah rosak biarpun terkena air.

 ??  ?? KRAF tangan anyaman kertas pelbagai saiz dan warna.
KRAF tangan anyaman kertas pelbagai saiz dan warna.
 ??  ?? ANYAMAN mengikut
imaginasi sendiri.
ANYAMAN mengikut imaginasi sendiri.
 ??  ?? SUSUNAN gaya minimal.
SUSUNAN gaya minimal.
 ??  ?? BOLEH dijadikan
buah tangan.
BOLEH dijadikan buah tangan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia