Harian Metro

GEN.Y KURUS CARA SELEBRITI

- NORLAILA HAMIMA JAMALUDDIN 1-300-22-6787 SAMB: 4414 03-20567083/7084 Shuhada Mansor gen.y@hmetro.com.my

Contohi amalan Audrey Hepburn sehingga mampu jaga

bentuk tubuh sampai ke akhir hayat

Ikon terkenal dunia, Audrey Hepburn popular sekitar 1970-an, namun stail dan aura klasiknya masih dirasai hingga ke hari ini. Banyak fesyen terkini membabitka­n potongan rambut hinggalah penggayaan pakaian diinspiras­i daripada bintang Hollywood ini. Ia secara tidak langsung membuatkan kita kenal perwatakan dan kehebatan pengaruh ikon ini dalam industri fesyen dunia.

Menjadi tanda tanya ramai, bagaimana si cantik tinggi lampai ini mampu menjaga bentuk tubuh badan sehingga akhir hayatnya? Difahamkan, menurut keluarga rapatnya, tiada rahsia diet yang keluar dari mulut bintang itu.

Audrey tidak pernah berdiet malah beliau gemar menikmati makanan Itali seperti pasta. Boleh dikatakan sama seperti orang lain mengambil hidangan yang normal, sarapan roti dan jem, tengah hari menu ayam atau pasta dan sup bersama daging serta sayur-sayuran untuk makan malam.

Paling mengejutka­n selepas makan malam, Audrey masih mengambil coklat sebelum tidur. Kalau kita, pasti hampir gila melihat berat badan naik mendadak!

Mempunyai ketinggian 170 sentimeter (sm) dan berat badan 50kilogram (kg) agak mustahil bukan? Jadi apa rahsianya?

BANYAK BERJALAN

Menurut teman rapat dan saudara menjelaska­n, Audrey bersenam tapi tidak terlalu ekstrem. Bagi beliau, cukup dengan aktiviti berjalan. Primadona Hollywood ini gemar berjalan sebagai senaman ‘wajib’ hariannya. Selain itu, dia sentiasa memastikan jadual harian seimbang dan berkualiti. Jangan terlalu memfokuska­n kerja hingga lupa menjaga kesihatan diri.

JAGA METABOLISM­E

Perkara yang satu ini memang tidak boleh dinafikan lagi, Audrey mempunyai daya metabolism­e sihat menyebabka­n berat badannya sentiasa terkawal. Metabolism­e yang baik mempercepa­tkan proses menukar makanan dan kalori kepada tenaga bukan kepada lemak.

Bagi mereka yang badan kekal kurus walaupun makan banyak, itu menandakan metabolism­e dalam kadar yang baik. Namun, jangan lupa bersenam. Walaupun dalam keadaan malas, cuba berjalan di taman atau membuat kerja rumah.

JANGAN MAKAN BERLEBIHAN

Pernah melalui zaman sukar, Audrey menghargai makanan dan dia makan dalam kuantiti kecil supaya tidak berlaku pembaziran.

HIDANGAN BERWARNA-WARNI

Audrey seorang yang teliti dalam bab makan, dengan mengamalka­n pengambila­n sajian berwarna-warni yang disifatkan lebih menarik dan seronok dinikmati. Ini bermakna dia mengambil banyak sayur-sayuran dan buah-buahan.

TINGGALKAN KUDAPAN

Bintang jelita ini juga sentiasa mengambil sarapan, makan tengah hari dan malam. Paling penting dia tidak mengambil kudapan di antara waktu makan yang disifatkan tabiat buruk.

 ??  ?? LEBIHKAN buah dalam diet.
LEBIHKAN buah dalam diet.
 ??  ?? AUDREY peka dengan rutin makanan harian.
AUDREY peka dengan rutin makanan harian.
 ??  ?? SEIMBANGKA­N nutrisi dalam pengambila­n makanan.
SEIMBANGKA­N nutrisi dalam pengambila­n makanan.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia