Harian Metro

TRIK SEMBUNYI KELEMAHAN

- Redzuan Muharam gen.y@hmetro.com.my

5 item fesyen untuk sembunyi kekurangan diri

Tidak semua individu memiliki tubuh badan persis selebriti atau model namun itu bukan penghalang untuk seseorang berfesyen.

Sebaliknya, keyakinan itu lebih penting selain bijak memilih baju, seluar atau apa saja aksesori bersesuaia­n yang boleh menutup kekurangan diri.

Malah, ada kalanya kekurangan diri boleh ditutup hanya dengan memakai pakaian daripada fabrik tertentu atau memilih rona baju dan corak tepat.

Cuma, anda perlu tahu apa yang perlu dipakai dan untuk itu, Gen Y senaraikan lima item fesyen yang boleh membantu menyelesai­kan masalah tertentu:

1. BAJU LONGGAR, LABUH

Pakaian ini cukup sesuai untuk mereka bertubuh gempal atau mempunyai pinggul yang besar.

Ini kerana mereka yang tergolong dalam kategori ini tidak sesuai memakai baju ketat dan singkat kerana akan menyerlahk­an kekurangan diri.

Jadi, ini alternatif­nya dan jangan risau kerana baju jenis longgar dan labuh kini menjadi trend terutama dalam kalangan remaja.

2. PAKAIAN FABRIK KAPAS

Baju daripada fabrik kapas pilihan tepat untuk mereka yang cepat berpeluh terutama ketika melakukan aktiviti di luar.

Keupayaann­ya menyerap peluh akan menjadikan anda lebih selesa sepanjang hari berbanding memakai baju daripada fabrik lain.

Contohnya, pakaian dengan perincian sarat seperti manik yang boleh memerangka­p haba badan.

3. TOPI

Selain menjadi aksesori di kepala, pemakaian topi juga alternatif untuk mereka yang mempunyai masalah kurang rambut.

Tiada salahnya jika cara itu boleh

 ??  ?? PAKAIAN corak melintang sesuai untuk mereka yang bertubuh kurus.
PAKAIAN corak melintang sesuai untuk mereka yang bertubuh kurus.
 ??  ?? PAKAIAN diperbuat daripada fabrik kapas untuk mereka yang cepat berpeluh.
PAKAIAN diperbuat daripada fabrik kapas untuk mereka yang cepat berpeluh.
 ??  ??
 ??  ?? RONA gelap beri ilus
RONA gelap beri ilus
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia