Harian Metro

VIDEO KEUSAHAWAN­AN

- Fatin Farhana Japre

Tugasan akhir sebagai platform pupuk kreativiti

siswa menerusi bidang perniagaan

Seramai 36 penuntut semester tiga Pusat Pengajian Asasi, Internatio­nal University of Malaya-Wales (IUMW) mempersemb­ahkan hasil video tugasan projek akhir mereka dalam program Usahawan Muda IUMW di auditorium blok C, IUMW, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Bagi tugasan ini, penuntut dibahagika­n kepada sembilan kumpulan dan diminta menghasilk­an video bertemakan tahun baru 2018.

Pengarah projek Too Ja Chern,

18, berkata peserta ditugaskan menghasilk­an dua jenis video menarik yang berdurasi 30 saat iaitu promosi perniagaan dan khidmat pesanan masyarakat pada 2018.

“Tugasan ini agak mencabar bagi kami kerana durasinya yang sangat pendek.

“Video yang dihasilkan mestilah memaparkan kemahiran keusahawan­an dan paparan awam untuk 2018.

“Menerusi video dipersemba­hkan, peserta memperkena­lkan pelbagai jenis produk hasil buatan tangan kepada produk perkhidmat­an yang disesuaika­n mengikut kehendak pelanggan.

“Walaupun agak sukar, peluang ini platform untuk kami memupuk tahap kreativiti masing-masing menerusi bidang perniagaan,” katanya.

Katanya, tempoh lebih sebulan yang diberikan untuk menyiapkan tugasan ini banyak mengajarny­a erti bekerjasam­a antara ahli pasukan.

“Penghasila­n video hebat dan menarik sudah semestinya memerlukan kerjasama yang baik.

“Oleh itu, banyak perkara baru yang saya belajar menerusi tugasan ini antaranya semangat kerjasama dan bertolak ansur.

“Unsur yang diterapkan inilah membuatkan kami berjaya menghasilk­an dua jenis video untuk ditayangka­n pada program Usahawan Muda IUMW.

“Oleh itu, saya berharap penuntut yang turut terbabit dalam projek ini dapat belajar perkara yang sama terutama dari segi praktikal berbanding teori di dalam kelas.

“Program sebeginila­h yang menjadikan universiti kami berbeza dengan yang lain kerana banyak memberi peluang kepada penuntut menyerlahk­an kemahiran masingmasi­ng dan tidak bergantung kepada teori semata-mata,” katanya.

Sementara itu, pelakon dan pengarah Datuk Seri Eizlan Yusof yang hadir sebagai tetamu jemputan berkata, dia bangga dengan sentuhan terakhir video yang dihasilkan 36 penuntut terbabit.

“Walaupun tidak mempunyai latar belakang seni persembaha­n videografi atau sinematogr­afi, mereka menghasilk­an produk yang luar biasa.

“Malah mereka juga mampu mempelajar­i teknik penyunting­an dan videografi dalam tempoh masa yang singkat.

“Hasilnya, persembaha­n video mereka berjaya menyentuh hati saya dan penonton lain menerusi penyampaia­n mesej yang jelas dan berkesan,” katanya.

Turut hadir pada acara berkenaan, Ketua Unit Promosi, Bahagian Kreatif dan Teknikal FINAS Wan Muzamil Wan Ibrahim, Ketua Pegawai Eksekutif AmirCorp Inc IUMW Abbyamir Sapie, Timbalan Naib Canselor IUMW Stephen Griffiths dan Pengarah Pusat Pengajian Asasi Noraidah bagi memberi sokongan padu kepada penuntut yang mengambil bahagian.

Tempat pertama bagi kategori video promosi perniagaan dimenangi oleh kumpulan SHEA dengan mempromosi­kan jaket varsiti.

Mereka membawa pulang wang tunai RM300.

Manakala bagi kategori khidmat pesanan masyarakat dimenangi oleh kumpulan Love Beads For You bertajuk Asima dan menerima wang tunai RM500.

Hasil video peserta boleh dilihat di laman sosial YouTube IUMW Channel.

 ??  ?? PERSEMBAHA­N video salah satu
kumpulan yang terbabit.
PERSEMBAHA­N video salah satu kumpulan yang terbabit.
 ??  ?? EIZLAN (dua dari kiri) turut hadir memeriahka­n majlis.
EIZLAN (dua dari kiri) turut hadir memeriahka­n majlis.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia