Harian Metro

Konsep ringkas juga menawan

- Siti Nadirah Hafidzin siti_nadirah@hmetro.com.my

Tampil dengan gaya ringkas namun tetap menyerlah.

Itu antara ciri yang sering menjadi pilihan kebanyakan wanita yang rata-ratanya lebih selesa untuk berfesyen dalam konsep sederhana.

Konsep ringkas sentiasa menjadi pilihan terutama untuk gaya harian kerana ia lebih mudah dan boleh disesuaika­n dengan pelbagai keadaan.

Atas faktor itu, jenama fesyen tempatan Clasa RTW membariska­n pelbagai rekaan busana supaya si manis boleh bergaya ringkas dan tampak menawan.

Menurut pengasasny­a Maisurah Mazlan, antara koleksi yang sentiasa menerima sambutan menggalakk­an adalah Magnolia Exclusive, Viola, Clover, Gaun Luna, Aria, kurung berlisu, gaun ropol, Daisy dan Aleefa Suit.

“Semua koleksi kami adalah busana idaman wanita dan didatangka­n dengan harga mampu milik serta berpatutan.

“Kami juga membariska­n koleksi pelbagai rekaan yang menyerlah, ringkas tetapi klasik. Selain itu, busana kami juga dilengkapi zip tersorok pada bahagian depan baju selain di hujung lengan,” katanya.

Menurutnya, fabrik yang digunakan juga berkualiti tinggi dan setiap rekaan adalah unik serta mengikut

Fabrik bermutu tinggi, rekaan unik dan mengikut perkembang­an

fesyen

perkembang­an fesyen semasa.

“Sehingga kini, kami mempunyai lebih 13 rekaan dan harga bermula RM39 hingga RM250 bergantung kepada busana.

“Kami mengutamak­an kualiti, bukan kuantiti. Inilah sebabnya saya akan memastikan setiap rekaan dan material digunakan memuaskan hati pelanggan terutama bagi memberikan keselesaan ketika dipakai,” katanya.

Maisurah berkata, dia juga menawarkan perkhidmat­an tempahan apabila pelanggan boleh memilih sendiri rekaan, saiz, fabrik dan warna yang dikehendak­i.

“Kami menyasarka­n pelanggan dalam kalangan wanita moden yang sukakan fesyen, wanita sudah berkahwin dan mempunyai anak tetapi sering mengalami masalah mendapatka­n busana dengan rekaan terkini serta dilengkapi zip pada bahagian depan.

“Selain itu, busana kami juga boleh digayakan wanita berbadan besar supaya mereka juga dapat tampil cantik dengan fesyen terkini ,” ujarnya.

 ??  ?? CANTIK menawan menggayaka­n koleksi busana
Clasa RTW.
CANTIK menawan menggayaka­n koleksi busana Clasa RTW.
 ??  ?? ANGGUN bergaya dengan busana ringkas.
ANGGUN bergaya dengan busana ringkas.
 ??  ?? TAMPIL ringkas namun manis dipandang
TAMPIL ringkas namun manis dipandang
 ??  ?? TURUT menyediaka­n pilihan untuk wanita bersaiz besar.
TURUT menyediaka­n pilihan untuk wanita bersaiz besar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia