Harian Metro

Sasar wanita ingin kelainan

- Siti Nadirah Hafidzin siti_nadirah@hmetro.com.my

Warna digunakan sesuai dengan

trend terkini antaranya rona

berani

Berinspira­sikan daripada ‘Dreamy Garden’ yang mempunyai elemen dekoratif daripada kain perca yang digunakan semula menjadikan koleksi mini ‘Marveillux’ sesuatu yang memukau.

Menggunaka­n material antaranya sutera tafetta dan net lembut di samping kain perca untuk menghias busana berjaya menghasilk­an koleksi segar lain daripada lain.

Menurut pengasas TwooOffici­al Mohamad Fareez Azuan Abdullah yang berganding­an bersama rakan karibnya, Mohamad Idham Ismail, pihaknya menggunaka­n kain perca dari kilang pakaian dan beberapa butik fesyen.

“Walaupun nampak unik dan berbeza, koleksi ini dijual dengan harga berpatutan bagi tidak membebanka­n pelanggan terutama pencinta fesyen.

“Kami juga menyasarka­n wanita yang inginkan kelainan dalam berpakaian dan koleksi ini sesuai untuk digayakan ke majlis seni seperti pementasan hasil karya seni dan karpet merah,” katanya.

Menurutnya, warna yang digunakan sesuai dengan trend terkini antaranya rona berani yang diselitkan rona pastel.

“Sebagai contoh, rona pastel dipadankan dengan dekorasi bunga daripada bahan terbuang yang dipadankan dengan skirt bercetak bermotifka­n serangga menyerlahk­an lagi nilai eksentrik dalam pemakaian.

“Konsep eksentrik menjadi elemen utama dalam koleksi ini bagi memberi kelainan dalam berpakaian dan pada masa sama koleksi ini juga boleh dipakai dengan konsep suai padan,” ujarnya.

Katanya, pihaknya berharap idea yang mencetuska­n kelainan menggunaka­n kain perca itu dapat diterima umum terutama pencinta fesyen yang sentiasa mahukan koleksi unik.

“Koleksi ini boleh mula didapati bermula bulan ini selain kami juga menerima tempahan menghasilk­an pelbagai jenis busana mengikut kehendak pelanggan.

“Kami sentiasa bawakan kelainan dan ia antara kelebihan jenama kami dalam dunia fesyen tempatan,” katanya.

 ??  ?? 1. KOLEKSI Marveillux yang memikat.
2. DIHASILKAN menggunaka­n kain perca.
3. MEMUKAU dengan koleksi luar biasa.
4. REKAAN unik.
1. KOLEKSI Marveillux yang memikat. 2. DIHASILKAN menggunaka­n kain perca. 3. MEMUKAU dengan koleksi luar biasa. 4. REKAAN unik.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia