Harian Metro

Suntikan segar tudung bawal

- Siti Nadirah Hafidzin siti_nadirah@hmetro.com.my

Mungkin ada yang beranggapa­n bergaya dengan tudung bawal kelihatan tidak menonjol dan tak mengikut perkembang­an fesyen semasa namun pandangan itu ternyata meleset.

Tidak kiralah apa juga jenis tudung mahupun selendang yang dipilih, keyakinan individu dalam bergaya lebih penting.

Gabungan idea dua beradik, Siti Umi Mohd Norzuki dan Siti Nor Atikah dalam mengetenga­hkan koleksi tudung bawal dan selendang terkini menggunaka­n fabrik satin atas jenama Dleqa berjaya mencetuska­n kelainan dan memberi suntikan segar dalam fesyen Muslimah.

Menurut Siti Umi, pihaknya sentiasa mengikuti perkembang­an dunia fesyen semasa dan menghasilk­an rekaan terbaik serta terkini untuk pelanggan.

“Koleksi bawal satin Cathrine dan selendang segera satin Medina antara koleksi terbaik kerana kedua-duanya menggunaka­n fabrik satin eksklusif yang selesa.

“Dengan harga bermula RM39 hingga RM99, kami yakin setiap koleksi kami dapat memberi satu pengalaman bermakna dan selesa kepada pelanggan yang memakainya,” katanya.

Siti Umi berkata, pihaknya memilih satin sebagai fabrik utama disebabkan ia mengeluark­an aura glamor dan segar.

“Jika dulu, pemakaian tudung bawal dianggap agak ketinggala­n namun ia jauh berbeza kini kerana bawal boleh digayakan dengan pelbagai cara.

“Semua koleksi kami sesuai digayakan dalam gaya harian juga boleh menjadi pemanis mempelai pada hari pernikahan atau persanding­an,” ujarnya.

Menurutnya, pihaknya juga sudah melakukan kajian terperinci sebelum mengeluark­an sesuatu koleksi bagi menjanjika­n tudung yang digayakan mudah dibentuk, tidak menyakitka­n telinga dan tidak terlalu berkilau.

“Ia penting untuk mengekalka­n gaya mewah sekali gus menampakka­n rekaan lebih ringan, selesa dan terletak apabila digayakan.

“Kami menyasarka­n pelanggan dalam kalangan wanita berusia seawal 20-an dan ke atas sesuai dengan rekaan dan warna yang terkini,” katanya.

Selain tudung dan selendang, Dleqa juga mengeluark­an koleksi top yang selesa ketika dipakai.

Pemilihan satin sebagai fabrik utama kerana aura glamor

dan segar

 ??  ?? SELESA digayakan dalam rutin harian.
SELESA digayakan dalam rutin harian.
 ??  ?? MANIS dipandang
dengan koleksi tudung bawal satin.
MANIS dipandang dengan koleksi tudung bawal satin.
 ??  ?? CANTIK
dan terkini.
CANTIK dan terkini.
 ??  ?? CANTIK digayakan di mana saja.
CANTIK digayakan di mana saja.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia