Harian Metro

Putih mata wang tunai, barang kemas dilarikan

-

Miri: Seorang pemandu teksi wanita berputih mata apabila kerugian RM140,000 selepas wang tunai dan barang kemas miliknya dilarikan sekumpulan individu tidak dikenali sebelum dia ditinggalk­an berseorang­an di kawasan Bukit Kanada, di sini, pagi kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi, mangsa berusia 47 tahun itu mendakwa dipukau sehingga menyerahka­n wang simpanan Amanah Saham Bumiputera (ASB) miliknya berjumlah RM90,000, dua cincin emas, dua gelang emas, anting-anting emas dan rantai leher emas dianggarka­n bernilai RM50,000 kepada kumpulan terbabit.

Menurut sumber, sebelum kejadian, empat lelaki terbabit dikatakan bertemu dengannya di sebuah pasar raya di Tudan pada jam 9.30 pagi hari sama sebelum wanita itu ‘hilang ingatan’.

Sumber itu berkata, kumpulan terbabit kemudianny­a mengarahka­n mangsa ke sebuah bank di Boulevard sebelum mangsa diminta mengeluark­an wang tunai miliknya.

“Mangsa mendakwa dirinya dipukau kerana hanya mengikut arahan kumpulan terbabit dan mengeluark­an wang berkenaan tanpa sebarangan bantahan.

“Selain itu, mangsa kemudianny­a bersama kumpulan terbabit menaiki kereta dipandu seorang daripada suspek menuju ke Bukit Kanada,” katanya.

Katanya, ketika dalam perjalanan, mangsa menyerahka­n pula semua barang kemas miliknya kepada kumpulan terbabit tanpa mempertika­ikan permintaan suspek.

Tambahnya, sebaik tiba di Bukit Kanada, mangsa ditinggalk­an seorang diri sebelum dia menyedari sudah diperdaya kumpulan terbabit tidak lama selepas itu.

“Dalam keadaan terkejut dan keliru, mangsa kemudian menghubung­i anaknya sebelum mangsa membuat laporan polis di Balai Polis Lutong,” katanya.

Sementara itu, jurucakap polis mengesahka­n menerima laporan itu dan berkata siasatan lanjut untuk mengesan kumpulan berkenaan giat dijalankan.

Mangsa mendakwa dipukau kerana hanya mengikut arahan kumpulan terbabit dan mengeluark­an wang berkenaan tanpa sebarangan bantahan”

Sumber

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia